Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:5
18 Iomraidhean Croise  

lalu berdoa, “Ya TUHAN, Allah Israel, tiada yang seperti Engkau di langit atau di bumi. Engkau menepati perjanjian-Mu dengan umat-Mu, dan Engkau menunjukkan kasih-Mu kepada mereka apabila mereka taat kepada-Mu dengan segenap hati.


Di seluruh bumi tidak ada bangsa seperti Israel, yang telah Engkau selamatkan daripada perhambaan, untuk menjadikan mereka umat-Mu sendiri. Perbuatan besar dan ajaib yang Engkau lakukan bagi mereka, menjadikan nama-Mu termasyhur di seluruh dunia. Engkau membebaskan umat-Mu dari Mesir, dan mengusir bangsa-bangsa lain ketika umat-Mu maju bertempur.


“Demikianlah titah Raja Kores, raja Persia: TUHAN, Allah penguasa di syurga, telah menjadikan beta raja seluruh dunia. Dia telah memberi beta tugas untuk membina Rumah bagi-Nya di Yerusalem, di negeri Yehuda.


Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,


Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”


Oleh itu mereka semua bermuslihat hendak menyerang Yerusalem dan menimbulkan kekacauan.


Ya Allah, Allah kami yang besar! Allah yang berkuasa dan hebat! Dengan setia Engkau menepati segala perjanjian. Sejak raja-raja Asyur menindas kami, sampai sekarang penderitaan yang kami alami sangat berat. Para raja, pemimpin, imam, dan nabi kami, nenek moyang, dan segenap umat sudah menderita. Ingatlah, ya Allah, betapa sengsaranya kami.


Tepuklah tangan, hai semua bangsa! Pujilah Allah dengan nyanyian yang kuat dan gembira!


Tetapi Engkau, ya TUHAN, ditakuti manusia. Siapakah yang dapat bertahan ketika Engkau murka?


Ya TUHAN, aku akan sentiasa menyanyikan kasih-Mu yang kekal; aku akan memberitakan kesetiaan-Mu selama-lamanya.


Aku tahu bahawa kasih-Mu kekal, dan kesetiaan-Mu kukuh seperti langit.


Engkau dihormati di sidang makhluk suci, dan sangat ditakuti oleh semua yang di sekeliling-Mu.


Tetapi Aku menunjukkan kasih-Ku kepada beribu-ribu keturunan orang yang mengasihi Aku dan taat kepada hukum-Ku.


“Jika kamu mendengarkan hukum ini dan melaksanakannya dengan setia, maka TUHAN, Allah kamu akan terus menepati perjanjian yang dibuat-Nya dengan kamu dan menunjukkan kasih-Nya kepada kamu, sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.


Oleh itu, jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; Dia Allah yang agung, dan yang harus ditakuti.


Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan