Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:11
27 Iomraidhean Croise  

Ketika saya tiba di perigi hari ini, saya berdoa, ‘Ya TUHAN, Allah tuanku Abraham, tolonglah supaya tugasku berjaya.


Aku mohon, selamatkanlah aku daripada abangku, Esau. Aku takut jangan-jangan dia datang menyerang dan membinasakan kami semua, termasuk wanita serta anak-anak.


Orang itu berkata, “Namamu bukan Yakub lagi. Engkau telah bergomol dengan Allah serta manusia, dan engkau sudah menang; kerana itu sekarang namamu Israel.”


Beberapa lama kemudian dua orang pelayan raja Mesir, iaitu pengurus minuman dan pengurus roti, melakukan kesalahan terhadap raja.


Oleh sebab itu, raja murka terhadap kedua-dua orang pelayan itu.


Raja mengembalikan pengurus minuman kepada pekerjaannya yang dahulu,


Namun pengurus minuman itu tidak ingat lagi akan Yusuf. Dia sama sekali lupa akan Yusuf.


Kemudian pengurus minuman berkata kepada raja, “Pada hari ini hamba mesti mengaku kesalahan hamba.


Semoga Allah Yang Maha Kuasa membuat gabenor itu kasihan kepada kamu, sehingga dia mahu mengembalikan Benyamin dan Simeon. Bagi aku, jika memang aku harus kehilangan anak-anakku, apa boleh buat.”


Sekarang, ya Allahku, pandanglah kami dan dengarkanlah doa yang disampaikan kepada-Mu di tempat ini.


Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, raja Persia, TUHAN melaksanakan firman-Nya yang disampaikan-Nya dengan perantaraan Nabi Yeremia. TUHAN menggerakkan hati Raja Kores supaya mengeluarkan titah bertulis, yang dikirim untuk dibacakan di seluruh kerajaan baginda. Bunyinya demikian:


Ezra seorang yang terpelajar dan sangat mahir dalam Taurat yang diberikan oleh TUHAN, Allah Israel, kepada Musa. Raja memberikan apa sahaja yang diminta oleh Ezra kerana Ezra diberkati TUHAN, Allahnya. Pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Artahsasta, Ezra berangkat dari negeri Babilonia ke Yerusalem bersama-sama sekumpulan orang Israel, termasuk beberapa orang imam, orang Lewi, penyanyi, serta pengawal pintu Rumah TUHAN, dan para pekerja.


Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.


Pada suatu hari, empat bulan kemudian, iaitu pada bulan Nisan, ketika Raja Artahsasta sedang makan, aku menghidangkan wain kepadanya. Sebelum itu, raja belum pernah nampak aku bersedih.


Selain itu, aku juga meminta surat bagi Asaf, pengawas hutan diraja, supaya dia memberi aku kayu balak bagi pintu gerbang kubu yang menjadi pertahanan Rumah TUHAN, dan bagi tembok kota, serta rumah yang akan kudiami. Raja mengabulkan semua permohonanku itu kerana Allah menyertai aku.


Dia menyebabkan semua orang yang menindas mereka berasa kasihan terhadap mereka.


Ya TUHAN, dengarlah rintihanku, dengarlah seruanku minta tolong.


Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku; supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu.


Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah aku minta pertolongan.


Kamu membenci pengetahuan dan tidak mahu taat kepada TUHAN.


TUHAN menguasai fikiran raja seperti Dia menentukan aliran sungai.


Oleh sebab Aku berbelas kasihan, Aku akan menyebabkan dia mengasihani kamu dan membenarkan kamu pulang. Aku, TUHAN, telah berfirman.’


Kemudian orang yang takut akan TUHAN bercakap sesama sendiri. TUHAN mendengar dan memperhatikan kata-kata mereka itu. Di hadapan TUHAN, nama setiap orang yang menghormati-Nya dan takut akan Dia, ditulis di dalam sebuah kitab.


Teruslah berdoa untuk kami. Kami yakin bahawa hati nurani kami murni, kerana kami selalu ingin melakukan perkara yang benar.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan