Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Ya Tuhan, mereka ini hamba-Mu, umat-Mu sendiri. Engkau sudah menyelamatkan mereka dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Mereka ini ialah para hamba-Mu dan umat-Mu yang telah Kautebus dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan kekuatan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Ya Tuhan, mereka ini hamba-Mu, umat-Mu sendiri. Engkau sudah menyelamatkan mereka dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:10
17 Iomraidhean Croise  

Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa; kasih-Nya kekal abadi.


Ingatlah umat yang Engkau pilih sejak dahulu, bangsa yang Engkau bebaskan daripada perhambaan untuk menjadi umat-Mu. Ingatlah akan Bukit Sion, tempat kediaman-Mu dahulu.


Betapa besarnya kuasa-Mu, dan betapa hebatnya kekuatan-Mu!


Pada masa hadapan, apabila anak lelaki kamu bertanya akan makna semuanya ini, hendaklah kamu menjawab begini, ‘Dengan kuasa yang besar, TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir, tempat kita dijadikan hamba.


Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kita, untuk mengingatkan kita bahawa TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar.’ ”


Musa berkata kepada orang Israel, “Ingatlah hari ini, hari kamu meninggalkan Mesir, tempat kamu dijadikan hamba. Pada hari ini TUHAN membawa kamu keluar dengan kuasa-Nya yang besar; kamu tidak boleh makan roti yang beragi.


Perayaan ini akan menjadi satu peringatan, seperti tanda yang diikat pada tangan atau dahi kamu, untuk mengingatkan kamu bahawa kamu mesti terus-menerus mengucapkan dan mengkaji Taurat TUHAN, kerana TUHAN telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan kuasa-Nya yang besar.


Engkau memimpin umat yang telah Engkau selamatkan, kerana Engkau setia kepada janji-Mu. Dengan kekuatan-Mu yang besar, Engkau memimpin mereka ke tanah-Mu yang suci.


Tetapi Musa merayu kepada TUHAN, Allahnya dan berkata, “Ya TUHAN, mengapakah Engkau begitu murka terhadap umat-Mu yang telah Engkau bebaskan dari Mesir, dengan kuasa dan kekuatan yang besar?


Allah berfirman kepada Musa, “Akulah TUHAN.


Aku akan menjadikan kamu umat-Ku sendiri, dan Aku akan menjadi Allah kamu. Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu, apabila Aku membebaskan kamu daripada perhambaan di negeri Mesir.


Aku akan membawa kamu masuk ke negeri yang telah Aku janjikan dengan sumpah untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu sendiri. Akulah TUHAN.’ ”


Oleh itu janganlah terlalu murka terhadap kami, ataupun mengingat dosa kami selama-lamanya. Kami umat-Mu, kasihanilah kami.


Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.


Bukankah mereka ini umat yang Engkau pilih untuk menjadi umat-Mu sendiri? Merekalah yang Engkau bawa keluar dari Mesir dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.’ ”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan