Nehemia 1:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
1 Inilah laporan Nehemia anak Hakhalya tentang kegiatannya. Pada bulan Kislew, tahun kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia, aku, Nehemia, berada di Susan, ibu kota empayar.
1 Inilah laporan Nehemia anak Hakhalya tentang kegiatannya. Pada bulan Kislew, tahun kedua puluh pemerintahan Artahsasta sebagai raja Persia, aku, Nehemia, berada di Susan, ibu kota empayar.
Dalam masa tiga hari, iaitu pada hari kedua puluh bulan sembilan, semua orang lelaki yang tinggal di kawasan Yehuda dan Benyamin datang ke Yerusalem dan berkumpul di halaman Rumah TUHAN. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Semua orang menggigil kerana kesejukan dan juga kerana mustahaknya pertemuan itu.
Pada suatu hari, empat bulan kemudian, iaitu pada bulan Nisan, ketika Raja Artahsasta sedang makan, aku menghidangkan wain kepadanya. Sebelum itu, raja belum pernah nampak aku bersedih.
Aku sudah menjadi gabenor negeri Yehuda selama dua belas tahun, iaitu dari tahun kedua puluh pemerintahan Raja Artahsasta sehingga tahun ketiga puluh dua pemerintahannya. Selama itu, aku dan sanak keluargaku tidak pernah makan makanan yang dikhaskan untuk aku sebagai gabenor.
Para utusan cepat berangkat untuk menghantar surat-surat itu ke semua wilayah. Dengan perintah raja, titah itu diisytiharkan juga di ibu kota Susan. Raja dan Haman duduk-duduk sambil minum wain, tetapi kota Susan gempar kerana berita itu.