Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Kita telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu kita harus menanggung kemurkaan-Nya untuk sementara waktu. Tetapi akhirnya Dia akan membela kita dan memberikan keadilan kepada kita. Dia akan membawa kita keluar kepada cahaya, dan kita akan mengalami penyelamatan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Aku akan menanggung murka TUHAN, kerana aku telah berdosa terhadap-Nya, sampai Dia memperjuangkan perkaraku dan menegakkan keadilan bagiku. Dia akan membawa aku keluar kepada cahaya. Aku akan melihat keadilan-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Kita telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu kita harus menanggung kemurkaan-Nya untuk sementara waktu. Tetapi akhirnya Dia akan membela kita dan memberikan keadilan kepada kita. Dia akan membawa kita keluar kepada cahaya, dan kita akan mengalami penyelamatan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:9
36 Iomraidhean Croise  

Raja Daud nampak malaikat yang sedang membunuh rakyat itu, lalu baginda berkata kepada TUHAN, “Akulah yang berdosa kerana aku melakukan kesalahan itu. Tetapi apakah kesalahan bangsa yang malang itu? Hukumlah aku dan keluargaku!”


Namun Allah tahu setiap langkahku; jika aku diuji, terbukti kemurnian hatiku.


Ayub, engkau berkata bahawa engkau tidak dapat melihat Dia; tetapi tunggulah dengan sabar - perkaramu ada di hadapan-Nya.


Belalah perkaraku dan bebaskanlah aku; selamatkanlah aku menurut janji-Mu.


Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.


Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah, dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana; jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta.


biarlah musuhku memburu dan menangkap aku, lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!


Keadilan akan ditegakkan lagi di mahkamah, dan semua orang jujur akan menyokongnya.


Aku akan memimpin umat-Ku yang buta melalui jalan yang belum pernah dilalui mereka. Aku akan mengubah kegelapan mereka menjadi cahaya, dan meratakan jalan yang berlekak-lekuk bagi mereka. Itulah hal-hal yang akan Kulakukan, Aku pasti melaksanakan segala-galanya.


Engkau akan mencelikkan mata orang buta, dan membebaskan orang dari penjara yang gelap.


Tetapi Aku telah mendekatkan hari itu, pembebasan sudah hampir. Penyelamatan daripada-Ku tidak akan ditunda, Aku akan menyelamatkan Yerusalem dan memberikan kehormatan kepada Israel.”


TUHAN, Allah kamu membela kamu. Dia berfirman, “Aku akan menjauhkan hukuman yang telah Kujatuhkan ketika Aku murka. Kamu tidak usah lagi menderita hukuman yang membuat kamu terhuyung-hayang.


TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Lakukanlah apa yang adil dan sesuai dengan hukum-Ku, kerana tidak lama lagi Aku akan menyelamatkan kamu.


Penduduk Yerusalem berseru, “Kami luka parah! Luka kami tidak akan sembuh. Dahulu kami sangka bahawa penderitaan ini dapat kami tanggung, tetapi sebenarnya tidak.


Umat-Ku berseru kepada-Ku, ‘Walaupun dosa kami menyalahkan kami, ya TUHAN, tolonglah kami menurut janji-Mu. Kami telah berkali-kali meninggalkan Engkau; kami berdosa terhadap-Mu.


TUHAN berfirman, “Umat-Ku berseru, ‘TUHAN telah menunjukkan bahawa kita benar. Marilah kita beritahu penduduk Yerusalem apa yang telah dilakukan oleh TUHAN, Allah kita.’ ”


Namun TUHAN adil kerana aku telah melanggar perintah-Nya. Dengarkan aku, hai semua bangsa, pandanglah aku yang kesakitan. Para pemuda dan pemudiku ditawan dan dibawa pergi.


sehingga menyebabkan Aku menentang mereka dan membuang mereka di negeri musuh. Akhirnya, apabila keturunan kamu merendahkan diri, dan telah menjalani hukuman kerana dosa dan pemberontakan mereka,


Umat-Ku akan melihat lagi perbezaan antara kesudahan orang baik dan kesudahan orang jahat, antara orang yang mengabdikan diri kepada-Ku dan yang tidak.”


Oleh itu, janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia. Barulah setiap orang akan mendapat pujian yang layak diterimanya daripada Allah.


Sekarang hadiah kemenangan menantikan aku. Pada Hari Kiamat, Tuhan, Hakim yang adil akan menyerahkan hadiah itu kepadaku, kerana aku telah hidup menurut kehendak-Nya. Bukan aku sahaja yang akan menerimanya, tetapi juga semua orang yang menantikan kedatangan-Nya dengan penuh kerinduan.


Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu!


Perhatikanlah hamba ini yang hendak dibunuh oleh raja Israel! Lihatlah hamba ini yang dikejar-kejar oleh tuanku! Hamba hanya seekor anjing mati, seekor kutu sahaja!


Apabila Daud mendengar bahawa Nabal sudah meninggal, dia berkata, “Pujilah TUHAN! Dia sudah membalas Nabal kerana penghinaannya terhadap aku. TUHAN sudah mencegah aku, hamba-Nya daripada melakukan kejahatan. TUHAN sendiri telah menghukum Nabal kerana kejahatannya.” Kemudian Daud mengirim utusan kepada Abigail untuk melamar dia menjadi isterinya.


Demi TUHAN yang hidup, aku tahu bahawa TUHAN sendiri akan membunuh Raja Saul, sama ada oleh kematian biasa ketika akhir hayatnya sudah sampai, ataupun disebabkan oleh peperangan.


Oleh itu Samuel menceritakan segala-galanya. Dia tidak merahsiakan apa-apa pun. Kemudian Eli berkata, “Dialah TUHAN; biarlah Dia melakukan apa yang dianggap-Nya baik.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan