Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Janganlah bergembira atas aku, wahai musuhku. Sekalipun aku jatuh, aku akan bangun pula. Sekalipun aku duduk dalam kegelapan, TUHAN akan menjadi cahaya bagiku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:8
46 Iomraidhean Croise  

Aku tidak pernah gembira ketika musuhku menderita, dan tidak pernah suka apabila mereka ditimpa bencana.


Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur; dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil.


Musuhku telah memburu aku, dan mengalahkan aku. Dia memasukkan aku ke dalam penjara yang gelap, dan aku ini seperti orang yang sudah lama mati.


Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka, yang lain kepada kuda mereka, tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.


Mazmur Daud. TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. TUHAN melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar.


Jangan biarkan musuhku, pendusta itu, mentertawakan kekalahanku! Jangan biarkan orang yang membenci aku tanpa sebab, bergembira kerana kedukaanku!


Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik, tetapi orang baik memberi dengan murah hati.


Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera, kerana TUHAN memegang tangannya.


Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; dan Engkau, ya Tuhan, Allahku, akan mengabulkan doaku.


Lebih baik sehari di dalam Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain; aku lebih gemar berdiri di pintu Rumah Allahku daripada tinggal di rumah orang jahat.


Kebaikan Allah bersinar seperti cahaya pada orang jujur, dan memberikan kegirangan kepada orang baik.


Hai keturunan Yakub, marilah kita hidup dalam cahaya yang diberikan TUHAN!


Aku akan berkata kepada orang tawanan, ‘Keluarlah!’ dan kepada orang dalam kegelapan, ‘Marilah ke tempat yang terang!’ Mereka akan mendapat makanan di sepanjang jalan, bahkan di bukit yang gondol pun mereka tidak kekurangan.


Hai kamu yang menghormati TUHAN dan yang taat kepada kata-kata hamba-Nya. Perjalanan yang kamu tempuh mungkin gelap, tetapi percayalah kepada TUHAN, dan bersandarlah kepada Allah kamu.


Ya TUHAN, Engkau telah memberi mereka kesukaan besar, Engkau membahagiakan mereka. Mereka bersukacita kerana perbuatan-Mu, seperti orang bersukacita semasa menuai hasil tanaman, atau membahagi-bahagikan barang jarahan.


Hai Moab, adakah engkau ingat bahawa dahulu engkau mentertawakan umat Israel dan memfitnah mereka seolah-olah mereka tertangkap basah bersama-sama pencuri?


TUHAN berfirman, “Hai penduduk Babilonia, kamu telah menjarah umat-Ku. Kamu gembira dan bersukacita, melompat-lompat seperti lembu yang mengirik gandum atau seperti kuda yang meringkik,


TUHAN menyuruh aku menyampaikan kata-kata ini kepada umat-Nya, “Apabila orang jatuh, tentu mereka akan bangun lagi. Apabila orang sesat di jalan, tentu mereka akan kembali ke pangkal jalan.


TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel.


sebagaimana kamu dahulu bersukacita melihat negeri Israel, milik-Ku itu menjadi tandus dan lengang. Sesungguhnya perbukitan Seir, bahkan seluruh negeri Edom akan menjadi tandus dan lengang. Pada masa itu barulah setiap orang tahu bahawa Akulah TUHAN.”


Dalam luapan kemurkaan, Aku, TUHAN Raja telah mengutuk bangsa-bangsa jiran itu, terutama sekali Edom. Dengan suka ria dan sikap menghina, mereka merampas negeri-Ku dan padang rumputnya.


TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku memulihkan kerajaan Daud. Sekarang kerajaan itu telah menjadi seperti rumah yang runtuh. Aku akan memperbaiki temboknya dan membinanya semula sehingga menjadi seperti dahulu kala.


Kamu tidak sepatutnya bersukacita kerana malapetaka yang menimpa saudara kamu di Yehuda. Kamu tidak sepatutnya bergembira pada hari mereka binasa. Kamu tidak sepatutnya mentertawakan mereka pada masa mereka susah.


Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.


Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.


Pada masa itu Aku akan melindungi mereka yang tinggal di Yerusalem, bahkan orang yang paling lemah pun akan menjadi sekuat Daud. Mereka akan dibimbing oleh keturunan Daud seperti dibimbing oleh malaikat TUHAN dan seperti dibimbing oleh Allah sendiri.


Tetapi bagi kamu yang taat kepada-Ku, kuasa-Ku yang menyelamatkan kamu akan terbit seperti matahari, dan kuasa-Ku itu akan memberikan kesembuhan seperti sinar matahari. Kamu akan bebas dan gembira seperti anak lembu yang dikeluarkan dari kandang.


Bangsa yang hidup dalam kegelapan akan nampak cahaya yang gemilang! Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut, cahaya itu akan bersinar!”


Percayalah, kamu akan menangis dan meratap, tetapi dunia akan bersukacita. Kamu akan bersedih hati, tetapi kesedihan kamu itu akan berubah menjadi kegembiraan.


Yesus berkata lagi kepada orang Farisi, “Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan, tetapi beroleh cahaya yang memberikan hidup.”


untuk membuka mata mereka, supaya mereka keluar dari kegelapan dan memasuki cahaya yang terang; supaya mereka dilepaskan daripada kuasa Iblis lalu dikuasai oleh Allah. Oleh itu, dengan kepercayaan mereka kepada-Ku, dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan menjadi umat yang dipilih oleh Allah.’ ”


Allah yang berfirman, “Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar.” Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus.


Banyak orang memusuhi kami, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan kami. Meskipun kami sering dianiaya, kami tidak binasa.


Kota itu tidak memerlukan matahari ataupun bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Allah meneranginya, dan Anak Domba itu lampunya.


Malam tiada lagi; lampu dan cahaya matahari pun tidak diperlukan, kerana Tuhan Allah sendiri akan menerangi mereka. Mereka akan memerintah sebagai raja selama-lamanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan