Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada zaman ini anak lelaki menghina bapa mereka; anak perempuan melawan ibu mereka. Menantu perempuan bergaduh dengan ibu mentua mereka. Musuh seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Anak laki-laki menghina ayahnya, anak perempuan bangkit melawan ibunya, menantu perempuan melawan ibu mertuanya. Musuh seseorang ialah ahli keluarga rumahnya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada zaman ini anak lelaki menghina bapa mereka; anak perempuan melawan ibu mereka. Menantu perempuan bergaduh dengan ibu mentua mereka. Musuh seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:6
24 Iomraidhean Croise  

Engkau mudah tergoncang seperti air, sehingga engkau bukan yang terutama. Oleh sebab engkau tidur dengan gundikku, engkau mencemarkan tempat tidur bapamu.


Raja Daud bertitah kepada Abisai dan semua pegawainya, “Anak kandung beta sendiri berusaha membunuh beta; mengapa pula kamu hairan melihat kelakuan orang Benyamin ini? TUHAN menyuruh dia mengutuk beta, kerana itu jangan lakukan apa-apa terhadap dia, dan biarkan saja dia mengutuk beta.


Mereka berkata, “Dia sakit teruk sekali dan tidak akan bangun dari katilnya lagi.”


Ada orang mengutuk bapa dan tidak menghargai ibu.


Seorang yang mencemuh bapanya, atau menghina ibunya yang sudah tua, patut dimakan burung hering, atau matanya dipatuk burung gagak hutan.


Tiap-tiap orang akan memperdaya orang lain. Orang muda tidak lagi menghormati orang tua, dan orang bawahan tidak lagi menghormati orang atasan.


Di seluruh negeri itu orang merenggut dan memakan apa-apa sahaja yang dapat dimakan, namun mereka tidak kenyang. Bahkan mereka makan saudara sendiri.


Engkau telah dikhianati bahkan oleh sanak saudaramu sendiri; mereka ikut menyerang engkau. Janganlah percaya kepada mereka, meskipun kata-kata mereka manis belaka.”


Aku mendengar orang berbisik di mana-mana, “Ketakutan merajalela! Mari laporkan dia kepada yang berkuasa!” Bahkan semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku. Mereka berkata, “Mungkin dengan penipuan, dia dapat kita kalahkan, supaya dapatlah kita membalas dendam kepadanya.”


Setiap orang harus waspada terhadap kawan; saudara sekandung pun tidak dapat dipercayai. Mereka seperti Yakub yang menipu saudaranya, dan setiap orang memfitnah kawannya.


Tiada sesiapa pun di kota itu menghormati ibu bapanya. Kamu menipu orang asing, serta memperdayakan balu dan yatim piatu.


Negara sekutu telah menipu kamu; kamu diusir oleh mereka dari negeri kamu. Kini kamu dikalahkan oleh orang yang dahulunya berdamai dengan kamu. Kamu diperangkap oleh orang yang makan bersama dengan kamu. Mereka berkata tentang kamu, ‘Di manakah segala kecerdikan mereka sekarang?’


Orang akan mengkhianati saudara sendiri supaya dibunuh; bapa pun akan berbuat demikian terhadap anak-anak. Anak-anak akan melawan ibu bapa, lalu menyerahkan mereka supaya dibunuh.


Yesus menjawab, “Orang yang ikut mencelup roti ke dalam mangkuk dengan Aku, dialah yang akan mengkhianati Aku.


Bapa akan melawan anak lelaki dan anak lelaki akan melawan bapa. Ibu akan melawan anak perempuan dan anak perempuan akan melawan ibu. Ibu mentua akan melawan menantu perempuan dan menantu perempuan akan melawan ibu mentua.”


Kamu akan dikhianati oleh ibu bapa, saudara, sanak keluarga, dan sahabat kamu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu.


Apa yang Aku katakan itu bukanlah tentang kamu semua. Aku mengenal siapa-siapa yang sudah Aku pilih. Tetapi apa yang tertulis di dalam Alkitab harus berlaku, ‘Orang yang makan dengan Aku akan melawan Aku.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan