Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:19 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

19 Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

19 Dia akan kembali mengasihani kita, Dia akan menginjak-injak kesalahan kita. Engkau akan membuang segala dosa kami ke laut yang dalam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

19 Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:19
36 Iomraidhean Croise  

Raja Daud menjawab, “Beta dalam keadaan yang sangat mencemaskan! Tetapi beta tidak mahu dihukum oleh manusia. Biarlah TUHAN sendiri yang menghukum kita, kerana Dia penuh belas kasihan.”


Sejauh timur dari barat, sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita.


Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel daripada segala dosa mereka.


Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mu dan memaafkan segala kesalahan mereka.


Tiada sesiapa yang tinggal di negeri kita akan mengeluh kerana sakit, dan segala dosa akan diampunkan.


Lalu kepedihanku akan menjadi ketenteraman. Engkau menyelamatkan aku daripada segala bahaya; Engkau mengampunkan segala dosaku.


Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu, dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku. Aku tidak akan mengingat dosa kamu.


Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku, anak tercinta, buah hati-Ku. Setiap kali Aku mengancam engkau, Aku mengingat engkau dengan rindu. Aku mengasihimu; Aku akan berbelas kasihan.


Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Aku akan menyucikan mereka daripada dosa mereka terhadap-Ku; Aku akan mengampunkan dosa dan pemberontakan mereka.


Pada masa itu, dosa tidak akan terdapat lagi di Israel, dan kejahatan pun tidak akan ada lagi di Yehuda, kerana Aku akan mengampuni orang yang telah Aku selamatkan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Kasih TUHAN abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan;


Walaupun Dia mendatangkan penderitaan kepada kita, Dia tetap mengasihi kita dengan kasih yang tiada batas.


Semua dosanya akan diampunkan, dan dia akan hidup kerana dia melakukan yang benar.


Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada umat Israel, dan Aku tidak akan meninggalkan mereka lagi. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”


Tujuh kali tujuh puluh tahun ialah jangka masa yang telah ditentukan Allah untuk membebaskan bangsamu dan kotamu yang suci itu daripada dosa dan kejahatan. Dosa akan diampunkan dan keadilan yang kekal akan ditegakkan, agar penglihatan dan nubuat itu menjadi kenyataan, dan agar Rumah TUHAN yang suci ditahbiskan semula.


Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh.


Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.”


Malaikat itu berkata kepada pembantu-pembantunya di syurga, “Buanglah pakaian kotor yang dipakai orang ini.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Aku telah membuang dosamu; aku akan memberi engkau pakaian baru.”


Dosa tidak boleh menguasai kamu, kerana kamu tidak lagi hidup di bawah Taurat, tetapi hidup di bawah rahmat Allah.


Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup.


maka TUHAN, Allah kamu akan mengasihani kamu. Dia akan membawa kamu kembali dari negeri-negeri tempat Dia mencerai-beraikan kamu, lalu menjadikan kamu makmur semula.


TUHAN, Allah kamu akan memberi kamu dan keturunan kamu hati yang taat supaya kamu akan mengasihi Dia dengan sepenuh hati, dan dapat tinggal terus di tanah itu.


TUHAN akan menyelamatkan umat-Nya apabila Dia melihat mereka kehabisan tenaga. Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya, apabila Dia melihat mereka tidak berdaya.


Dia sudah mengorbankan nyawa untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, dan menjadikan kita milik-Nya sahaja, serta menjadikan kita rajin berbuat baik.


Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan tidak mengingat lagi dosa mereka.”


Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak Iblis, kerana Iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan