Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:18 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

18 Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

18 Siapakah Allah yang seperti Engkau, yang mengampunkan kesalahan, dan yang menghapuskan pelanggaran daripada sisa harta pusaka-Nya? Dia tidak mempertahankan murka-Nya untuk seterusnya, kerana Dia menyukai kasih abadi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

18 Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:18
80 Iomraidhean Croise  

Jika engkau melakukan yang benar, pasti engkau tersenyum; tetapi jika engkau melakukan yang jahat, maka dosa menunggu untuk masuk ke dalam hatimu. Dosa hendak menguasai dirimu, tetapi engkau mesti mengalahkannya.”


lalu berdoa, “Ya TUHAN, Allah Israel, tiada yang seperti Engkau di langit atau di bumi. Engkau menepati perjanjian-Mu dengan umat-Mu, dan Engkau menunjukkan kasih-Mu kepada mereka apabila mereka taat kepada-Mu dengan segenap hati.


Jika kamu kembali kepada TUHAN, orang yang telah menawan sanak keluarga kamu akan mengasihani mereka, lalu membenarkan mereka pulang. TUHAN, Allah kamu itu baik dan berbelas kasihan; jika kamu kembali kepada-Nya, Dia akan menyambut kamu.”


Dengarkanlah doaku dan doa umat-Mu Israel apabila mereka menghadap tempat ini dan berdoa. Dari tempat kediaman-Mu di syurga, dengarkanlah kami dan ampunilah kami.


Mereka tidak mahu patuh; mereka melupakan segala perbuatan-Mu, dan semua mukjizat yang sudah Engkau lakukan itu. Dengan angkuh mereka memilih seorang ketua, untuk membawa mereka ke Mesir, dan menjadi hamba semula. Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih; Rahmat-Mu besar, dan Engkau tidak meninggalkan mereka.


Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya, begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya.


Tetapi Engkau mengampuni kami, supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.


Dengan sepenuh hati aku akan berkata kepada TUHAN, “Engkau tiada bandingnya. Engkau melindungi orang lemah daripada orang kuat, orang miskin dan sengsara daripada penindas mereka.”


kerana Engkau mengabulkan doa. Semua orang akan datang kepada-Mu


kerana mereka berdosa. Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami, tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.


Kebaikan-Mu, ya Allah, memuncak ke langit. Engkau telah melakukan perkara yang besar-besar; Engkau tiada bandingnya!


Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia.


Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang, Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu.


Semua makhluk syurga memuji perbuatan-Mu yang ajaib, dan menyanyikan kesetiaan-Mu, ya TUHAN.


Engkau dihormati di sidang makhluk suci, dan sangat ditakuti oleh semua yang di sekeliling-Mu.


Ya TUHAN, siapakah antara tuhan-tuhan yang seperti Engkau? Siapakah yang seperti Engkau, mulia dan suci? Siapakah yang dapat melakukan mukjizat dan perbuatan menakjubkan seperti yang Engkau lakukan?


Dia berkata, “Ya Tuhan, jika Engkau benar-benar berkenan kepadaku, aku mohon Engkau ikut dengan kami. Umat ini degil, tetapi ampunkanlah kejahatan serta dosa kami, dan terimalah kami sebagai umat-Mu sendiri.”


TUHAN berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.


Tiada sesiapa yang tinggal di negeri kita akan mengeluh kerana sakit, dan segala dosa akan diampunkan.


Lalu kepedihanku akan menjadi ketenteraman. Engkau menyelamatkan aku daripada segala bahaya; Engkau mengampunkan segala dosaku.


Dengan siapakah dapat kamu samakan Allah? Siapakah yang kamu anggap serupa dengan Dia?


Dengan siapakah dapat kamu samakan Allah Yang Maha Suci? Adakah sesiapa yang seperti Dia?


Namun Aku ini Allah yang mengampunkan dosa kamu, dan Aku berbuat demikian kerana begitulah sifat-Ku. Aku tidak akan mengingat dosa kamu.


Aku telah menghapus segala dosa kamu seperti awan dibawa angin. Kembalilah kepada-Ku, kerana Akulah yang menyelamatkan kamu.”


Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka, dan mengubah jalan fikiran mereka. Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita, kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.


Kamu penat mencari berhala lain, namun kamu tidak mahu berhenti. Kamu menyangka berhala-berhala kamu yang cabul dapat menguatkan kamu sehingga kamu tidak menjadi lemah.


Akulah yang memberikan hidup kepada umat-Ku. Aku tidak menuduh mereka terus-menerus, dan Aku tidak sentiasa murka terhadap mereka.


Sebagaimana seorang pemuda mengahwini seorang dara, demikianlah Penciptamu memperisteri engkau. Sebagaimana pengantin lelaki gembira melihat pengantin perempuan, demikian juga Allahmu menyukai engkau.


Oleh itu janganlah terlalu murka terhadap kami, ataupun mengingat dosa kami selama-lamanya. Kami umat-Mu, kasihanilah kami.


Aku sendiri akan bersukacita kerana Yerusalem dan penduduknya. Di sana tiada lagi tangisan ataupun seruan minta tolong.


TUHAN menyuruh aku pergi menyampaikan perkara ini kepada Israel, “Hai Israel yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku. Aku penuh belas kasihan dan tidak murka; Aku tidak akan murka kepadamu selama-lamanya.


Engkau tidak akan terus-menerus murka kepadaku; Engkau tidak akan marah kepadaku selama-lamanya.’ Hai Israel, itulah yang engkau katakan tetapi engkau juga melakukan segala kejahatan itu.”


Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku, anak tercinta, buah hati-Ku. Setiap kali Aku mengancam engkau, Aku mengingat engkau dengan rindu. Aku mengasihimu; Aku akan berbelas kasihan.


Tidak seorang pun antara mereka perlu mengajar sesamanya untuk mengenal TUHAN, kerana mereka semua, besar kecil, akan mengenal Aku. Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Dengan senang hati Aku akan berbuat baik kepada mereka, dan Aku akan membuat mereka menetap di negeri ini selama-lamanya.


Aku akan menyucikan mereka daripada dosa mereka terhadap-Ku; Aku akan mengampunkan dosa dan pemberontakan mereka.


Ebed-Melekh pergi ke sana dan berkata kepada raja,


Pada masa itu, dosa tidak akan terdapat lagi di Israel, dan kejahatan pun tidak akan ada lagi di Yehuda, kerana Aku akan mengampuni orang yang telah Aku selamatkan. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Jika sesiapa hendak berbangga, dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku, dan bahawa Akulah TUHAN yang mengasihi orang selama-lamanya, dan Aku melakukan yang adil dan benar. Semua itu menyenangkan hati-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Adakah kamu menyangka bahawa Aku suka melihat orang jahat mati?” firman TUHAN Raja. “Tidak! Aku mahu dia bertaubat dan hidup.


Beritahulah mereka bahawa demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, Aku tidak suka melihat orang berdosa mati. Aku lebih suka melihat mereka bertaubat dan hidup. Hai Israel, berhentilah berbuat dosa! Mengapakah kamu mahu mati?


Aku akan mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan mereka, dan mereka akan hidup kerana melakukan apa yang baik dan benar.


Engkau penuh belas kasihan dan keampunan, walaupun kami telah memberontak terhadap-Mu.


Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh.


TUHAN berfirman, “Umat-Ku yang menyeleweng akan Kubawa kembali. Mereka akan Kukasihi dengan segenap hati, sebab mereka tidak Kumurkai lagi.


Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHAN akan diselamatkan. Sebagaimana TUHAN telah berfirman, ‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat; mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”


TUHAN berfirman, “Penduduk Edom sudah berkali-kali berdosa, oleh itu Aku pasti akan menghukum mereka. Tanpa belas kasihan, mereka sudah memburu orang Israel, saudara mereka. Mereka terus-menerus marah dan tetap mendendam.


Dia bertanya kepadaku, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Seutas tali unting.” Kemudian Dia berfirman, “Aku menggunakan tali unting ini untuk menunjukkan bahawa umat-Ku seperti tembok yang tidak tegak. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.


TUHAN bertanya, “Amos, apakah yang engkau nampak?” Aku menjawab, “Buah-buahan di dalam bakul.” TUHAN berfirman kepadaku, “Kesudahan umat-Ku Israel sudah tiba. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.


Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.


Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”


Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”


Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,


Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.


TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; kamu menang kerana kuasa-Nya. TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu; Dia memberi kamu hidup baru kerana Dia mengasihi kamu. Kamu menyukakan hati-Nya, maka Dia akan menyanyi dengan gembira,


Tidak ada kesukaran pada masa depan Israel, tidak ada kesusahan pada masa depan mereka. TUHAN, Allah mereka menyertai mereka; Israel mengakui Dia sebagai raja.


Patutlah kita adakan perjamuan dan bersukacita, kerana adikmu sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dulu dia sesat, tetapi sekarang sudah ditemui semula.’ ”


Demi nama-Nya, perkhabaran bahawa manusia mesti bertaubat daripada dosa dan bahawa Allah akan mengampunkan dosa, mesti diisytiharkan kepada semua bangsa mulai dari Yerusalem.


Apakah jawapan Allah kepada Elia? Allah berfirman, “Aku sudah menyisihkan tujuh ribu orang bagi diri-Ku dan mereka belum pernah menyembah Dewa Baal.”


“Hai umat Israel, tiada yang seperti Allah kamu, yang melintasi langit dengan kemuliaan, dan menembusi awan untuk menolong kamu.


Hal itu demikian kerana pada masa Allah menghakimi manusia, Dia tidak akan mengasihani orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi orang yang berbelas kasihan tidak akan dihukum oleh Allah.


Kemudian mereka membuang semua patung berhala, lalu menyembah TUHAN. Maka Dia pun terharu melihat kesusahan yang dialami oleh umat Israel.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan