Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Pada hari itu orang akan datang kepadamu dari Asyur dan dari kota-kota Mesir — dari Mesir sampai Sungai Efrat — dari laut ke laut dan dari gunung ke gunung.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Orang kamu akan pulang dari merata tempat - dari Asyur di timur, dari Mesir di selatan, dari kawasan Sungai Efrat, dari seberang laut, dan dari pergunungan yang jauh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:12
15 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.


Bagi umat-Nya yang masih hidup akan ada lebuh raya untuk keluar dari Asyur, seperti pada waktu nenek moyang bangsa Israel keluar dari Mesir.


Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka, dan negeri di selatan membebaskan mereka. Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh, dari segala pelosok dunia.


Umat-Ku akan datang dari tempat-tempat yang jauh, dari utara, barat, dan dari Sinim di selatan.”


Aku akan mengumpulkan umat-Ku yang lain dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tanah air mereka. Mereka akan mempunyai banyak keturunan dan mereka akan bertambah banyak.


Israel akan bergabung dengan Yehuda, lalu bersama-sama datang dari negeri pembuangan di sebelah utara. Mereka akan kembali ke negeri yang telah Kuberikan sebagai tanah pusaka kepada nenek moyang kamu.”


Dari utara Aku membawa mereka kembali, Aku mengumpulkan mereka dari hujung bumi. Orang buta dan orang lumpuh akan mengikut mereka, begitu juga wanita hamil dan mereka yang hampir bersalin. Mereka akan kembali sebagai bangsa yang besar.


“Jangan takut, hai umat-Ku, jangan gentar, hai umat Israel. Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh, dari negeri tempat kamu ditawan. Kamu akan pulang dan tinggal di negeri kamu dengan aman; kamu akan hidup dengan tenteram; tiada sesiapa pun akan menakutkan kamu.


Apabila perkara itu berlaku, Aku akan menjadikan umat Israel bangsa yang kuat. Aku akan memungkinkan engkau, hai Yehezkiel, berkata-kata kepada mereka, supaya mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”


Lalu beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja akan mengumpulkan semua umat-Ku dari negeri-negeri tempat mereka telah pergi. Aku akan membawa mereka pulang ke negeri mereka sendiri.


Dari Mesir mereka akan terbang kepada-Ku secepat burung, dan dari Asyur seperti merpati. Aku akan membawa mereka pulang ke rumah mereka semula. Aku, TUHAN telah berfirman.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan