Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Akan datang hari untuk membangunkan tembokmu! Pada hari itu perbatasanmu akan diperluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Hai penduduk Yerusalem, masa untuk membina semula tembok-tembok kota telah tiba. Pada masa itu kawasan kamu akan diperluas.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:11
12 Iomraidhean Croise  

Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”


Selain itu, aku juga meminta surat bagi Asaf, pengawas hutan diraja, supaya dia memberi aku kayu balak bagi pintu gerbang kubu yang menjadi pertahanan Rumah TUHAN, dan bagi tembok kota, serta rumah yang akan kudiami. Raja mengabulkan semua permohonanku itu kerana Allah menyertai aku.


Tobia yang berdiri di samping Sanbalat, juga berkata, “Tembok semacam apakah yang dapat dibina mereka? Anjing hutan pun dapat merobohkannya!”


Oleh itu kami terus memperbaiki tembok. Tidak lama kemudian tembok itu selesai diperbaiki sehingga setengah daripada tingginya, kerana rakyat bekerja dengan penuh semangat.


TUHAN berfirman, “Hai Yerusalem, kota yang menderita dan tidak berdaya, tiada sesiapa pun yang menghiburkan kamu. Aku akan membina asasmu semula dengan batu nilam.


Luaskanlah khemah kediamanmu, panjangkan talinya dan kukuhkanlah pasaknya!


Kamu akan membina semula apa yang sudah lama runtuh; kamu akan membinanya semula di atas asas yang lama. Kamu akan dikenal sebagai umat yang membina semula tembok-tembok kota dan rumah-rumah yang runtuh.”


Mereka akan membina semula kota-kota yang telah lama runtuh, dan mendirikan tempat-tempat yang sudah lama sepi.


Perhatikanlah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Yerusalem, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Yerusalem akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan