Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Musuhku akan melihatnya dan akan diselubungi malu, dia yang berkata kepadaku, “Di manakah TUHAN, Allahmu?” Mataku akan memandang dia. Pada waktu itu dia akan diinjak-injak seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:10
42 Iomraidhean Croise  

Aku menghancurkan mereka, sehingga mereka menjadi seperti debu; Aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.


Biarlah musuhku dihina, dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.


Mengapakah bangsa-bangsa bertanya, “Di manakah Allah mereka?”


Mereka berteriak minta tolong, tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka; mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.


Biarlah orang yang menghina penderitaanku dikalahkan sama sekali dan dibingungkan; biarlah orang yang mengaku diri lebih baik daripada aku diliputi perasaan kesal dan malu.


Kepada Allah, pembelaku, aku berkata, “Mengapakah Engkau melupakan aku? Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita, akibat kekejaman musuhku?”


Aku merindukan Engkau, Allah yang hidup; bilakah aku dapat beribadat di hadirat-Mu?


Sebelum mereka sedar, mereka dipotong seperti rumput; dengan kemurkaan-Nya, Allah akan membuang mereka hidup-hidup.


Jangan biarkan bangsa-bangsa lain bertanya, “Di manakah Allah kamu?” Hukumlah bangsa-bangsa itu di hadapan kami kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Mu.


Aku telah melihat kekalahan musuhku, dan mendengar teriakan orang jahat yang menyerang aku.


Musuh-Mu tidak tahu bahawa Engkau akan menghukum mereka. Ya TUHAN, permalukanlah mereka, dan biarlah mereka menderita. Biarlah mereka menanggung hukuman yang Engkau sediakan bagi mereka. Biarlah mereka melihat betapa besarnya kasih-Mu bagi umat-Mu.


Aku telah menggerakkan hati seorang dari timur; Aku akan menyebabkan dia melancarkan serangan dari utara. Dia akan menginjak-injak para penguasa seolah-olah mereka lumpur, seperti tukang periuk menginjak-injak tanah liat.


TUHAN akan melemahkan kamu, dan tiada sesiapa pun akan menghormati kamu.


TUHAN berfirman, “Engkau akan melihat Aku membalas Babilonia dan penduduknya bagi segala kejahatan yang dilakukan mereka terhadap Yerusalem.


Kamu berkata, ‘Kami telah dihina dan dipermalukan; kami tidak berdaya sama sekali kerana orang bangsa asing telah menduduki bilik-bilik suci di Rumah TUHAN.’


Mereka akan memakai kain guni dan seluruh badan mereka akan gementar. Rambut mereka akan dicukur, dan mereka semua akan dipermalukan.


Sekarang apabila kamu mendengar bunyi trompet, seruling, rebab, gambus, kecapi, dan alat-alat muzik yang lain, sujudlah serta sembahlah patung itu. Jika tidak, kamu akan segera dilemparkan ke dalam relau yang bernyala-nyala. Dewa manakah yang dapat menyelamatkan kamu?”


Para imam yang mengabdi kepada TUHAN di antara mazbah dan pintu Rumah TUHAN, mesti menangis dan berdoa demikian, “Kasihanilah umat-Mu, ya TUHAN. Jangan biar bangsa lain menghina dan mengolok-olok kami dengan berkata, ‘Di manakah Allah kamu?’ ”


“Kamu telah merompak dan membunuh saudara kamu, keturunan Yakub. Oleh itu kamu akan dibinasakan dan dihina orang sepanjang zaman.


Kamu tidak sepatutnya bersukacita kerana malapetaka yang menimpa saudara kamu di Yehuda. Kamu tidak sepatutnya bergembira pada hari mereka binasa. Kamu tidak sepatutnya mentertawakan mereka pada masa mereka susah.


Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”


Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita.


TUHAN sudah berhenti menghukum kamu; Dia telah mengusir semua musuh kamu. TUHAN, raja Israel, menyertai kamu; tiada lagi yang menakutkan kamu.


Penduduk Yehuda akan menang seperti askar yang memijak-mijak musuh di dalam lumpur di jalan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka. Mereka akan mengalahkan musuh yang menunggang kuda.


Dengan mata kepala sendiri orang Israel akan nampak kejadian itu, lalu berkata, “TUHAN sungguh berkuasa; kekuasaan-Nya sampai di luar negeri Israel!”


Pada hari itu Aku akan bertindak, lalu kamu akan mengalahkan orang jahat. Mereka akan menjadi seperti debu yang kamu pijak.


Dia percaya kepada Allah dan berkata bahawa dia Anak Allah. Mari kita lihat, adakah Allah akan menyelamatkan dia sekarang?”


Orang Kanaan dan semua orang di negeri ini akan mendengar tentang hal itu. Mereka akan mengepung kami lalu membunuh kami semua! Kemudian apakah yang akan Engkau buat untuk mempertahankan kehormatan-Mu?”


Bersukacitalah, hai syurga, kerana kemusnahan kota itu! Bersukacitalah, hai umat Allah, rasul-rasul, dan nabi-nabi, kerana Allah telah menghukum Babel bagi apa yang sudah dilakukannya terhadap kamu!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan