Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Bijaklah orang yang takut akan TUHAN. TUHAN berseru kepada penduduk kota, “Dengarlah, hai kamu yang berkumpul di kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Suara TUHAN berseru-seru kepada kota itu — adalah bijaksana untuk berkhidmat kepada nama-Mu — “Dengarlah bunyi tongkat dan Dia yang menentukannya!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Bijaklah orang yang takut akan TUHAN. TUHAN berseru kepada penduduk kota, “Dengarlah, hai kamu yang berkumpul di kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:9
43 Iomraidhean Croise  

Pada masa pemerintahan Raja Daud, kebuluran yang dahsyat pernah berlaku selama tiga tahun. Oleh itu Raja Daud bertanya kepada TUHAN, lalu TUHAN menjawab, “Raja Saul dan keluarganya sudah berdosa. Mereka telah membunuh orang Gibeon.” (


Ya Allah, janganlah salahkan aku. Beritahulah aku tuduhan-Mu terhadapku.


Dia akan menjalankan rancangan-Nya untuk diriku, dan banyak lagi rancangan-Nya selain itu.


Berbahagialah orang yang ditegur Allah! Janganlah berasa kecil hati jika engkau diajar-Nya.


Semoga orang bijak memikirkan perkara itu, semoga mereka merenungkan kasih TUHAN.


Ya Allah, di dalam Rumah-Mu, kami merenungkan kasih-Mu.


Biarlah mereka dikalahkan dan ketakutan selama-lamanya; biarlah mereka mati dalam kehinaan!


Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkau jatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri; mereka memasang perangkap, tetapi mereka sendiri terperangkap.


Orang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.


Musuh-Mu tidak tahu bahawa Engkau akan menghukum mereka. Ya TUHAN, permalukanlah mereka, dan biarlah mereka menderita. Biarlah mereka menanggung hukuman yang Engkau sediakan bagi mereka. Biarlah mereka melihat betapa besarnya kasih-Mu bagi umat-Mu.


Kota berkubu itu sudah menjadi sepi dan ditinggalkan sehingga tidak berpenghuni seperti padang gurun. Kawanan lembu merumput dan berehat di situ sambil menghabiskan daun dari dahan-dahan pokok.


Kuasa dan kemuliaan TUHAN terlihat dari jauh. Api dan asap menunjukkan kemurkaan-Nya. Apabila Dia berfirman, firman-Nya membakar seperti api.


Dengarlah bunyi riuh-rendah di dalam kota. Suara dari Rumah TUHAN itu suara TUHAN yang sedang menghukum musuh-musuh-Nya.


Dalam sehari sahaja TUHAN akan menghukum pemimpin-pemimpin Israel bersama-sama rakyat. Dia akan memenggal dan membuang kepala serta ekor Israel.


“Ketika Raja Hizkia menjadi raja Yehuda, Nabi Mikha dari Moresyet memberitahu rakyat firman TUHAN Yang Maha Kuasa, ‘Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan runtuhan, dan bukit Rumah TUHAN akan menjadi hutan.’


Jika kamu tetap membantah, Aku akan memperlakukan Rumah-Ku ini seperti Aku telah memperlakukan Silo, sehingga semua bangsa di dunia menggunakan nama kota Yerusalem sebagai kutuk.’ ”


Tetapi bagaimanakah pedang itu dapat berehat, sedangkan Aku menyuruhnya bekerja? Aku telah memerintahnya menyerang Askelon, dan orang yang tinggal di pantai.”


Aku tidak akan melepaskan kamu ataupun mengasihani kamu. Aku akan menghukum kamu bagi perbuatan kamu yang menjijikkan, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN dan Akulah yang menghukum kamu.”


Orang Israel akan membuang berhala-berhala; Aku akan mengabulkan doa mereka dan memelihara mereka. Seperti pokok malar hijau Aku akan melindungi mereka; Akulah sumber segala berkat mereka.”


Oleh itu, Aku akan mengirim api ke negeri Yehuda dan membakar kubu-kubu Yerusalem.”


Alangkah malangnya kamu yang hidup bersenang-senang di Sion, dan kamu yang berasa aman di Samaria. Kamulah orang kenamaan daripada Israel, bangsa yang agung; kamulah yang didatangi rakyat untuk meminta pertolongan.


Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.


Di rumah orang jahat terdapat harta yang diperoleh dengan tipu daya. Mereka menggunakan takaran palsu, suatu perbuatan yang Aku benci.


Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.


Kota itu tidak mengendahkan nasihat TUHAN, dan tidak pula menerima tegur ajar-Nya. Kota itu tidak berharap kepada TUHAN dan tidak meminta tolong kepada-Nya.


Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan