Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Adakah TUHAN berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor domba, atau minyak zaitun yang berlimpah-limpah kepada-Nya? Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana dosaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Adakah TUHAN berkenan kepada ribuan domba jantan atau kepada puluhan ribu aliran minyak? Haruskah aku persembahkan anak sulungku kerana pelanggaranku, anak kandungku kerana dosaku sendiri?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Adakah TUHAN berkenan jika aku mempersembahkan beribu-ribu ekor domba, atau minyak zaitun yang berlimpah-limpah kepada-Nya? Haruskah aku mempersembahkan anak sulungku kepada-Nya kerana dosaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:7
29 Iomraidhean Croise  

Baginda mengikut perbuatan raja-raja Israel, bahkan baginda mempersembahkan puteranya sendiri sebagai korban kepada dewa-dewa. Baginda mengikut kebiasaan penduduk negeri yang telah diusir oleh TUHAN ketika orang Israel memasuki negeri itu.


Baginda mempersembahkan putera baginda sebagai korban yang dibakar. Baginda melakukan penujuman dan sihir, dan baginda berhubungan dengan tukang tilik dan dukun. Baginda berdosa besar terhadap TUHAN dan membangkitkan kemurkaan-Nya.


Raja Yosia juga mencemarkan Tofet, tempat pemujaan dewa di Lembah Hinom, supaya tiada sesiapa pun dapat mempersembahkan anaknya sebagai korban yang dibakar kepada Dewa Molokh.


Oleh itu raja Moab membawa putera mahkota ke atas tembok kota lalu mempersembahkannya sebagai korban kepada dewa negeri Moab. Orang Israel ketakutan sehingga mereka undur dari kota itu, lalu pulang ke negeri mereka sendiri.


Ternakanku menghasilkan banyak susu, dan pokok zaitunku tumbuh walaupun di tanah berbatu.


Aku tidak memerlukan lembu jantan dari ladang kamu, ataupun kambing daripada ternakan kamu,


Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku, lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu.


Engkau tidak mahu korban yang dipersembahkan; jika aku mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Mu, Engkau pun tidak berkenan.


TUHAN berkenan apabila orang baik berdoa, tetapi Dia membenci korban yang dipersembahkan oleh orang jahat.


Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.


Kitab ini mengandungi perkhabaran tentang Yehuda dan Yerusalem yang dinyatakan oleh Allah kepada Yesaya anak Amos pada masa pemerintahan Raja Uzia, Raja Yotam, Raja Ahas, dan Raja Hizkia, iaitu raja-raja Yehuda.


Semua binatang di hutan Lebanon tidak cukup untuk dijadikan korban untuk menyenangkan hati Allah kita, dan pokok-pokok di sana tidak cukup untuk dijadikan kayu api.


Mereka mendirikan mazbah bagi Baal supaya mereka dapat mempersembahkan anak-anak mereka sebagai korban yang dibakar. Tetapi Aku tidak pernah menyuruh mereka melakukan perkara itu, bahkan tidak pernah hal seperti itu timbul dalam fikiran-Ku.


Apakah gunanya kemenyan dari Syeba yang dibawa mereka kepada-Ku, atau rempah-rempah dari negeri jauh? Aku tidak mahu menerima persembahan mereka. Aku tidak suka akan korban-korban mereka.


Mereka telah mendirikan sebuah mazbah yang bernama Tofet di Lembah Hinom. Di atas mazbah itu mereka membakar anak-anak mereka, lelaki dan perempuan, sebagai korban. Padahal Aku tidak pernah menyuruh mereka melakukan perkara itu, bahkan tidak pernah hal seperti itu timbul di dalam fikiran-Ku.


Mereka telah berzina dan membunuh orang. Mereka berzina dengan berhala-berhala dan membunuh anak-anak-Ku yang dilahirkan mereka. Mereka mempersembahkan anak-anak-Ku sebagai korban kepada berhala mereka.


Mereka mencari TUHAN dengan membawa domba dan lembu sebagai korban, tetapi perbuatan itu tidak berguna. Mereka tidak akan menemukan TUHAN, sebab Dia telah meninggalkan mereka.


Aku lebih ingin kamu mengasihi Aku daripada kamu mempersembahkan korban kepada-Ku. Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.


Jangan serahkan salah seorang anak kamu untuk dipersembahkan sebagai korban kepada Dewa Molokh, kerana perbuatan itu menghina nama Allah kamu, iaitu TUHAN.


Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.


Aku menghantar dia kembali kepadamu, dia yang sangat aku kasihi.


aku akan mempersembahkan orang yang pertama-tama keluar dari rumahku untuk menyambut aku, sekembalinya aku dari peperangan. Aku akan mempersembahkan orang itu kepada TUHAN sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.”


Selepas dua bulan, dia kembali kepada bapanya, lalu bapanya melakukan apa yang telah dijanjikannya kepada TUHAN. Oleh itu anak perempuannya meninggal ketika masih dara. Itulah asal usul adat di Israel, bahawa


Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai TUHAN, ketaatan atau persembahan dan korban? Lebih baik taat kepada TUHAN daripada mempersembahkan domba yang paling gemuk kepada-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan