Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Apakah yang harus aku persembahkan kepada TUHAN, Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia? Haruskah aku membawa anak lembu yang terbaik dan membakarnya sebagai korban untuk-Nya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 “Dengan apakah aku harus menghadap TUHAN dan tunduk menyembah kepada Allah di tempat yang tinggi? Apakah aku harus menghadap Dia dengan korban bakaran, dengan anak lembu berumur satu tahun?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Apakah yang harus aku persembahkan kepada TUHAN, Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia? Haruskah aku membawa anak lembu yang terbaik dan membakarnya sebagai korban untuk-Nya?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:6
39 Iomraidhean Croise  

Oleh itu Raja Daud memanggil orang Gibeon dan bertanya kepada mereka, “Apakah yang dapat beta lakukan bagi kamu? Beta hendak menebus kesalahan yang telah dilakukan kepada kamu, supaya kamu akan memberkati umat TUHAN.”


Apakah yang dapat aku persembahkan kepada TUHAN untuk segala kebaikan-Nya terhadap aku?


TUHAN itulah raja dan Dia memerintah semua bangsa.


Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.


Marilah kita bersujud dan menyembah Dia; marilah kita berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita!


Kamu boleh memilih seekor domba ataupun seekor kambing, tetapi binatang itu mesti jantan yang berumur satu tahun, dan yang tidak ada cacat.


Dalam bulan Abib, adakanlah Perayaan Roti Tidak Beragi menurut cara yang telah Aku perintahkan, kerana dalam bulan itu kamu meninggalkan Mesir. Jangan makan roti yang beragi sepanjang tujuh hari perayaan itu. Setiap kali kamu datang beribadat kepada-Ku, kamu mesti membawa persembahan.


TUHAN berkenan apabila orang baik berdoa, tetapi Dia membenci korban yang dipersembahkan oleh orang jahat.


Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.


Semua binatang di hutan Lebanon tidak cukup untuk dijadikan korban untuk menyenangkan hati Allah kita, dan pokok-pokok di sana tidak cukup untuk dijadikan kayu api.


Apakah gunanya kemenyan dari Syeba yang dibawa mereka kepada-Ku, atau rempah-rempah dari negeri jauh? Aku tidak mahu menerima persembahan mereka. Aku tidak suka akan korban-korban mereka.


Apabila penduduk kota datang untuk beribadat kepada TUHAN pada hari perayaan, mereka yang masuk melalui pintu gerbang utara, harus keluar melalui pintu gerbang selatan. Mereka yang masuk melalui pintu gerbang selatan, harus keluar melalui pintu gerbang utara. Tidak sesiapa pun boleh keluar melalui pintu yang dimasukinya, tetapi dia mesti keluar melalui pintu yang di seberangnya.


Lalu Raja Nebukadnezar menghampiri pintu relau itu dan bertitah, “Sadrakh! Mesakh! Abednego! Hamba-hamba Allah Yang Maha Tinggi, keluarlah!” Mereka pun keluar dengan segera.


Hai Beltsazar, ketua orang berilmu, beta tahu bahawa roh dewa-dewa yang suci ada padamu, dan kamu faham segala rahsia yang dalam. Inilah mimpi beta. Berikanlah tafsirannya.


Allah Yang Maha Tinggi telah melantik ayahanda tuanku, Raja Nebukadnezar menjadi raja yang besar, serta memberi baginda kehormatan dan keagungan.


Baginda diusir jauh daripada masyarakat, dan akalnya menjadi seperti akal binatang. Baginda tinggal bersama-sama keldai, makan rumput seperti lembu, dan tidur di lapangan terbuka sehingga tubuhnya dibasahi embun. Akhirnya baginda mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas semua kerajaan manusia, dan Dia memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.


Mereka mencari TUHAN dengan membawa domba dan lembu sebagai korban, tetapi perbuatan itu tidak berguna. Mereka tidak akan menemukan TUHAN, sebab Dia telah meninggalkan mereka.


Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.


Pada suatu hari seorang lelaki datang kepada Yesus. Dia bertanya, “Guru, perbuatan baik apakah yang harus saya lakukan supaya beroleh hidup sejati dan kekal?”


Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain.”


Dengan suara keras dia berseru, “Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi! Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku? Demi Allah, aku memohon, janganlah seksa aku!” (


Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, “Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?”


Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Kamu mencari Aku bukan kerana kamu memahami maksud mukjizat yang Aku lakukan, tetapi kerana kamu sudah makan sehingga kenyang.


Wanita itu mengikuti Paulus dan kami sambil berseru, “Mereka hamba Allah Yang Maha Tinggi! Mereka datang untuk memberitahu bagaimana Allah dapat menyelamatkan kamu!”


Kemudian ketua penjara itu membawa mereka keluar dan berkata, “Tuan-tuan, apakah yang harus saya lakukan supaya diselamatkan?”


Apabila orang ramai mendengar hal itu, mereka sangat gelisah. Lalu mereka bertanya kepada Petrus dan rasul-rasul yang lain, “Saudara-saudara, apakah yang harus kami lakukan?”


Itulah sebabnya aku bertelut di hadapan Bapa.


Setiap imam Yahudi menjalankan tugas tiap-tiap hari dan berulang kali mempersembahkan korban yang sama. Tetapi korban-korban itu sama sekali tidak dapat menghapuskan dosa.


Samuel berkata, “Manakah yang lebih disukai TUHAN, ketaatan atau persembahan dan korban? Lebih baik taat kepada TUHAN daripada mempersembahkan domba yang paling gemuk kepada-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan