Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Aku membawa kamu keluar dari Mesir. Aku menyelamatkan kamu daripada perhambaan. Aku mengutus Musa, Harun, dan Miriam untuk memimpin kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Aku telah memimpin engkau keluar dari Tanah Mesir dan menebus engkau dari tempat perhambaan. Aku telah mengutus sebagai pemimpinmu Musa, Harun, dan Miryam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Aku membawa kamu keluar dari Mesir. Aku menyelamatkan kamu daripada perhambaan. Aku mengutus Musa, Harun, dan Miriam untuk memimpin kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:4
29 Iomraidhean Croise  

Di seluruh muka bumi ini, tiada bangsa lain seperti Israel, yang telah Engkau selamatkan daripada perhambaan, serta menjadikan mereka umat-Mu sendiri. Perbuatan besar dan ajaib itu, yang telah Engkau lakukan bagi mereka, sudah memasyhurkan nama-Mu di seluruh dunia. Engkau mengusir bangsa-bangsa lain dan dewa-dewa mereka apabila umat-Mu maju bertempur, umat yang Engkau selamatkan dari Mesir untuk menjadi umat-Mu sendiri.


Engkau berjalan melalui ombak; Engkau menyeberangi lautan yang dalam, namun jejak kaki-Mu tidak kelihatan.


Pada hari itu TUHAN membawa semua suku Israel keluar dari Mesir.


“Akulah TUHAN, Allah kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba.


Sekarang Aku mengutus engkau untuk menghadap raja Mesir supaya engkau dapat memimpin umat-Ku keluar dari negeri raja itu.”


Tetapi Musa berkata kepada TUHAN, “Ya Tuhan, jangan suruh aku. Aku bukan orang yang pandai berkata-kata, baik dahulu mahupun sekarang, walaupun Engkau sudah berfirman kepadaku. Aku tidak pandai berucap, aku lambat bercakap, dan tidak fasih.”


Dia akan berkata-kata kepada umat itu bagi pihakmu. Dia akan menjadi jurucakapmu, dan engkau menjadi seperti Allah yang memberitahu apa yang harus dikatakannya.


Ketika TUHAN berfirman kepada Musa di negeri Mesir,


Engkau membawa umat Israel keluar dari Mesir dengan kuasa dan kekuatan-Mu. Engkau melakukan mukjizat dan keajaiban yang menggemparkan musuh.


Aku sudah membawa kamu keluar dari Mesir dan memimpin kamu melalui padang gurun selama 40 tahun. Aku sudah memberikan negeri orang Amori kepada kamu supaya menjadi negeri kamu sendiri.


Musa telah berkahwin dengan seorang perempuan Kus. Oleh itu Miryam dan Harun menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mencela Musa.


Selepas umat Israel meninggalkan Mesir, dalam barisan menurut suku masing-masing di bawah pimpinan Musa dan Harun, mereka berkhemah di beberapa tempat.


Musa memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir dengan melakukan berbagai-bagai mukjizat dan keajaiban di Mesir, di Laut Merah, dan kemudian di padang gurun selama empat puluh tahun.


Ingatlah bahawa dahulu kamu dijadikan hamba di Mesir, dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini kepada kamu.


Ingatlah, kamu pernah menjadi hamba di Mesir dan TUHAN, Allah kamu telah membebaskan kamu. Itulah sebabnya aku memberikan peraturan ini kepada kamu.


Tetapi kamu adalah bangsa yang sudah diselamatkan-Nya dari Mesir, tempat yang bagaikan relau yang menyala. Dia membawa kamu keluar dari negeri itu supaya kamu menjadi umat-Nya sendiri sebagaimana keadaan kamu hari ini.


Pernahkah ada suatu tuhan yang berani mengambil suatu umat daripada bangsa lain lalu menjadikan umat itu umatnya sendiri, seperti yang dilakukan oleh TUHAN, Allah kamu bagi kamu di Mesir? Di depan mata kamu sendiri Dia telah menggunakan kuasa dan kekuatan-Nya yang besar; Dia mendatangkan wabak dan peperangan, melakukan mukjizat dan keajaiban, serta menyebabkan perkara-perkara dahsyat berlaku.


‘Akulah TUHAN, Allah kamu yang membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba.


Tetapi TUHAN mengasihi kamu, dan Dia hendak memenuhi janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu. Itulah sebabnya Dia menyelamatkan kamu dengan kuasa-Nya yang besar, dan membebaskan kamu daripada diperhambakan oleh raja Mesir.


Kemudian aku berdoa kepada-Nya, ‘Ya TUHAN Raja, jangan binasakan umat-Mu, yang sudah Engkau selamatkan dan bawa keluar dari Mesir dengan kekuatan dan kuasa-Mu yang besar.


Samuel meneruskan lagi, “TUHAN telah memilih Musa dan Harun. Dia juga yang sudah membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan