Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 TUHAN berfirman, “Hai umat-Ku, apakah yang telah Aku lakukan terhadap kamu? Dalam hal apakah Aku telah menjadi beban bagi kamu? Jawablah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 “Wahai umat-Ku, apakah yang telah Kulakukan kepadamu? Dengan apakah Aku telah melelahkan engkau? Jawablah Aku!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 TUHAN berfirman, “Hai umat-Ku, apakah yang telah Aku lakukan terhadap kamu? Dalam hal apakah Aku telah menjadi beban bagi kamu? Jawablah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:3
11 Iomraidhean Croise  

“Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman; Aku akan menyalahkan kamu, hai Israel. Akulah Allah, Allah kamu.


Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku.


Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka, dan berbuat sesuka hati mereka.


Ketika kamu dalam kesusahan, kamu berseru kepada-Ku, dan Aku pun menyelamatkan kamu. Dari tempat persembunyian-Ku di dalam awan petir, Aku mengabulkan permintaan kamu; di mata air Meriba Aku menguji kamu.


Adakah hal lain yang harus aku buat, tetapi belum aku lakukan untuk ladang anggurku itu? Mengapakah buah masam yang dihasilkannya, dan bukan buah yang baik seperti yang aku harapkan?


Hai umat Israel, dengarlah akan firman-Ku ini. Pernahkah Aku seperti gurun bagi kamu atau seperti tanah yang gelap dan berbahaya? Tetapi mengapakah kamu berkata bahawa kamu mahu ikut kehendak sendiri, dan tidak mahu kembali kepada-Ku lagi?


TUHAN berfirman, “Apakah tuduhan nenek moyang kamu terhadap Aku? Mengapa mereka berpaling daripada-Ku? Mereka menyembah berhala-berhala yang sia-sia, sehingga mereka sendiri menjadi tidak berguna.


Hai umat-Ku, ingatlah akan apa yang dirancang oleh Balak, raja Moab itu terhadap kamu, dan jawapan Bileam anak Beor kepadanya. Ingatlah akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan dari perkhemahan di Sitim sampai ke Gilgal. Ingatlah akan perkara-perkara itu, maka kamu akan menyedari apa yang telah Aku lakukan untuk menyelamatkan kamu.”


Sekarang kita tahu bahawa semua yang tertulis di dalam Taurat adalah bagi mereka yang hidup di bawah Taurat. Dengan demikian tidak seorang pun dapat berdalih, dan semua orang di dunia akan diadili oleh Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan