Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 6:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Hai gunung-ganang, dasar bumi yang kekal, dengarlah perkara yang diajukan TUHAN! TUHAN mempunyai perkara dengan umat-Nya. Dia akan membawa tuduhan terhadap Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Wahai gunung, dengarlah TUHAN menyatakan penunjuk keburukanmu, juga kamu, wahai alas-alas bumi yang kukuh, kerana TUHAN mempunyai perkara dengan umat-Nya. Ia hendak berperkara dengan Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Hai gunung-ganang, dasar bumi yang kekal, dengarlah perkara yang diajukan TUHAN! TUHAN mempunyai perkara dengan umat-Nya. Dia akan membawa tuduhan terhadap Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 6:2
19 Iomraidhean Croise  

Dasar lautan tersingkap, dan asas bumi terdedah, ketika TUHAN menegur musuh-Nya, dan bertempik dengan murka terhadap mereka.


Kemudian bumi bergegar dan bergoncang; dasar langit bergetar dan bergoyang, kerana Allah murka!


Engkau mendirikan bumi kukuh pada asasnya, supaya tidak sekali-kali bergoyang.


ketika Dia memerintahkan air laut naik sampai ke batas yang ditentukan-Nya. Aku sudah pun ada ketika dasar bumi diletakkan-Nya.


TUHAN berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini. Walaupun kamu merah marak kerana dosa kamu, Aku akan mencuci kamu sehingga menjadi putih seperti salji. Walaupun dosa kamu banyak dan berat, kamu akan Aku ampuni sepenuhnya.


TUHAN sudah bersedia untuk mengemukakan perkara-Nya; Dia telah bersedia untuk menghakimi umat-Nya.


Marilah kita pergi ke mahkamah; ajukanlah tuduhan-tuduhan kamu! Adukan perkara kamu dan buktikan bahawa kamu tidak bersalah!


Oleh itu sahabatku berkata, “Hai penduduk Yerusalem dan Yehuda, hakimilah aku dan ladang anggurku.


TUHAN berfirman, “Oleh itu Aku akan membentangkan perkara-Ku lagi terhadap umat-Ku. Aku akan mengemukakan tuduhan terhadap keturunan mereka.


sampai ke hujung bumi suara-Nya bergema. TUHAN mengajukan perkara terhadap bangsa-bangsa. Dia akan mengadili semua orang dan membinasakan orang jahat. TUHAN telah berfirman.’ ”


Seandainya pada suatu masa langit dapat diukur, dan dasar bumi dapat diselidiki, pada masa itulah Israel akan ditolak oleh-Nya kerana segala perbuatan mereka. TUHAN telah berfirman.


Segala yang dilakukan oleh orang Israel dari pagi hingga petang semuanya tidak berguna, malahan bersifat memusnahkan seperti angin timur. Dusta dan kekejaman semakin meningkat di kalangan mereka. Mereka membuat perjanjian dengan Asyur dan juga membawa minyak ke Mesir sebagai tanda persahabatan.”


TUHAN mempunyai tuduhan terhadap orang Yehuda; dan Dia akan menghukum orang Israel juga kerana tingkah laku mereka. Dia akan membalas perbuatan mereka.


TUHAN mempunyai tuduhan terhadap orang yang tinggal di negeri ini. Hai Israel, dengarlah firman TUHAN. Inilah tuduhan-Nya: “Negeri ini tidak mengenal makna kesetiaan ataupun kasih. Penduduknya tidak mengakui Aku sebagai Allah.


Dengarlah perkara yang diajukan oleh TUHAN terhadap Israel. Bangkitlah, ya TUHAN, dan ajukanlah perkara-Mu. Biarlah gunung dan bukit mendengar apa yang hendak Engkau firmankan.


Kemurkaan-Ku akan bernyala-nyala seperti api, dan membakar segala sesuatu di atas bumi. Api itu akan turun ke dunia orang mati, dan menghanguskan akar gunung-gunung.


Pada hari ini aku menyuruh langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu bahawa jika kamu tidak taat kepadaku, kamu akan segera lenyap dari tanah itu. Kamu tidak akan tinggal lama di tanah di seberang Sungai Yordan, yang segera akan kamu duduki. Kamu akan dibinasakan sama sekali.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan