Mikha 6:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)16 Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo16 Engkau berpegang teguh pada ketetapan-ketetapan Omri dan segala perbuatan keluarga Ahab, engkau menuruti rancangan-rancangan mereka, sehingga Aku menjadikan engkau suatu kengerian dan pendudukmu suatu cemuhan. Kamu akan menanggung celaan daripada umat-Ku.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik16 Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.” Faic an caibideil |
Oleh itu, Tuhan tidak akan membenarkan orang muda mereka melepaskan diri. Dia tidak akan menunjukkan belas kasihan terhadap balu dan anak yatim piatu, kerana semua umat itu telah membuang iman dan derhaka. Segala perkataan mereka jahat. Tetapi sekalipun semua itu terjadi, kemurkaan TUHAN masih belum padam; Dia masih hendak menghukum mereka.
‘Aku akan memanggil semua bangsa dari utara, dan juga hamba-Ku, Raja Nebukadnezar dari Babilonia. Aku akan mengerahkan mereka supaya memerangi Yehuda dan penduduknya serta memerangi semua bangsa di sekitarnya. Aku akan membinasakan penduduk Yehuda bersama dengan bangsa-bangsa di sekitarnya, dan membiarkan mereka hancur selama-lamanya. Sesiapa yang nampak mereka akan terkejut dan berasa ngeri. Aku, TUHAN, telah berfirman.
Aku akan mengejar mereka dengan peperangan, kebuluran, dan wabak sehingga semua bangsa di seluruh dunia ngeri melihat keadaan mereka. Di mana-mana Aku mencerai-beraikan mereka, orang akan ngeri dan takut melihat apa yang telah berlaku kepada mereka. Mereka akan diejek, dan nama mereka digunakan sebagai kutuk.