Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Umat Israel yang masih hidup akan menjadi seperti embun yang menyegarkan, yang dikirim oleh TUHAN kepada banyak bangsa; mereka bagaikan titisan hujan pada tanaman. Mereka akan bersandar kepada Allah dan bukan kepada manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 Dengan pedang mereka akan menguasai Tanah Asyur dan Tanah Nimrod di muka pintu gerbangnya. Dia akan melepaskan kita daripada cengkaman orang Asyur apabila mereka masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak daerah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Umat Israel yang masih hidup akan menjadi seperti embun yang menyegarkan, yang dikirim oleh TUHAN kepada banyak bangsa; mereka bagaikan titisan hujan pada tanaman. Mereka akan bersandar kepada Allah dan bukan kepada manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:6
26 Iomraidhean Croise  

Pada masa pemerintahan Raja Pekah, Raja Pul, raja Asyur merebut kota Iyon, Abel-Bet Maakha, Yanoah, Kedes, Hazor, daerah Gilead, Galilea, dan Naftali. Baginda membawa penduduk kota-kota itu ke Asyur sebagai orang tawanan.


Kus mempunyai seorang anak lelaki bernama Nimrod, yang menjadi penakluk agung yang pertama di dunia.)


Oleh itu TUHAN membiarkan panglima-panglima tentera negeri Asyur menyerang Yehuda. Mereka menangkap Raja Manasye dengan kaitan, membelenggu baginda, lalu membawa baginda ke Babel.


Sehabis aku bercakap, tidak ada lagi yang perlu ditambahkan. Perkataanku meresap seperti titisan hujan;


Pada hari tuanku memerangi musuh, rakyat akan menolong dengan sukarela. Seperti embun pada waktu pagi, para pemuda akan datang kepadamu di bukit-bukit yang suci.


Semoga raja seperti hujan yang turun di padang, seperti air hujan yang mengairi ladang.


Banyak bangsa akan menolong umat Israel pulang ke tanah yang diberikan TUHAN kepada mereka. Di sana bangsa-bangsa akan menjadi abdi kepada Israel. Mereka yang dahulu menawan Israel, akan ditawan oleh Israel. Umat Israel akan memerintah bangsa-bangsa yang pernah menindas mereka.


Aku akan membinasakan orang Asyur di Israel negeri-Ku itu, dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Aku akan membebaskan umat-Ku daripada penindasan orang Asyur dan daripada beban yang dipikul mereka.


Malanglah musuh kita! Mereka merompak dan berbuat khianat walaupun tiada sesiapa pernah merompak dan mengkhianati mereka. Tetapi masa untuk mereka merompak dan berbuat khianat itu akan tamat, lalu mereka sendiri akan dirompak dan dikhianati.


Kemudian satu malaikat TUHAN pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar. Pagi-pagi keesokan harinya mereka semua telah mati!


Kemudian Raja Sanherib, raja Asyur berundur dan pulang ke Niniwe.


Bahkan jika ada seorang antara sepuluh yang masih tertinggal di negeri itu, dia juga akan dibinasakan. Dia akan menjadi seperti tunggul pokok oak yang telah ditebang. Tunggul itu melambangkan permulaan yang baru bagi umat Allah.”


Tiada dewa bangsa-bangsa dapat menurunkan hujan; langit pun tidak dapat mencurahkan hujan. Ya TUHAN, Allah kami, Engkaulah satu-satunya harapan kami, kerana Engkaulah yang menyebabkan semuanya terjadi.


Di manakah kota itu sekarang? Kota yang seperti gua tempat singa bersarang; tempat anak-anak singa diberikan makanan, tempat tujuan singa jantan dan singa betina, tempat yang aman bagi anak-anak singa.


Selepas itu TUHAN akan menggunakan kuasa-Nya untuk menghancurkan Asyur. Kota Niniwe akan dijadikan tempat yang sunyi sepi dan gurun yang tandus.


Orang yang hina dan yang rendah hati akan Kubiarkan tinggal di sana. Mereka akan datang meminta tolong kepada-Ku.


akan menyelamatkan kita daripada musuh, dan daripada kuasa orang yang membenci kita.


Kemudian Yesus menerangkan apa yang tertulis tentang diri-Nya di dalam seluruh Alkitab kepada mereka, mulai dari Kitab-Kitab Musa dan tulisan para nabi.


Ajaranku akan turun seperti air hujan, dan menjadi seperti embun di atas bumi. Perkataanku akan turun seperti hujan yang menyirami tanaman muda, dan seperti hujan rintik-rintik yang turun ke atas rerumputan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan