Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Dia ini akan menjadi sumber kesejahteraan. Apabila orang Asyur masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak puri-puri kita, maka kita akan mengangkat tujuh orang gembala dan lapan orang pemimpin manusia untuk melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:5
31 Iomraidhean Croise  

Jikalau bahaya mengancam engkau, Dia akan selalu menyelamatkan engkau.


Semoga keadilan berkembang pada zaman raja, dan kemakmuran kekal selama bulan bercahaya.


Ada empat hal yang terlalu sukar untuk aku fahami:


Ada empat jenis makhluk yang kelihatan gagah ketika berjalan:


Ada tujuh perkara yang dibenci oleh TUHAN dan tidak dapat dibiarkan-Nya: sikap yang sombong, mulut yang membohong, tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah, fikiran yang merancang hal-hal jahat, kaki yang bergegas menuju kejahatan, saksi yang terus-menerus berdusta, dan orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat.


Tanamlah modalmu dalam berbagai-bagai usaha niaga, bahkan dalam banyak usaha; oleh sebab orang perlu berwaspada sebelum bencana menimpa.


Aku akan membinasakan orang Asyur di Israel negeri-Ku itu, dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku. Aku akan membebaskan umat-Ku daripada penindasan orang Asyur dan daripada beban yang dipikul mereka.


Aku berfirman kepada Kores, ‘Engkaulah yang akan memerintah bagi-Ku; engkau akan bertindak menurut kehendak-Ku: engkau akan memberikan perintah untuk membina Yerusalem semula, dan untuk meletakkan asas Rumah-Ku.’ ”


Dari timur ke barat, tiap-tiap orang takut akan keagungan dan kuasa-Nya. Dia akan datang seperti air sungai yang deras dan seperti angin yang kuat.


TUHAN berfirman, “Tiada sesiapa pun memusnahkan buah anggur yang baik; sebaliknya mereka membuat wain daripadanya. Aku pun tidak akan membinasakan semua umat-Ku; Aku akan menyelamatkan mereka yang mengabdikan diri kepada-Ku.


Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’


Pada masa itu Aku akan memilih seorang yang adil daripada keturunan Daud untuk menjadi raja. Raja itu akan melakukan apa yang benar dan adil di seluruh negeri.


TUHAN berfirman, “Penduduk Damsyik sudah berkali-kali berdosa, oleh itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka memperlakukan orang Gilead dengan sangat kejam.


TUHAN berfirman, “Penduduk Gaza sudah berkali-kali berdosa, oleh itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka sudah menawan semua orang daripada satu bangsa, dan menjual bangsa itu sebagai abdi kepada orang Edom.


Apabila mereka menempuh gelora kehidupan, Aku, TUHAN akan memukul gelombang yang mengancam, sehingga Sungai Nil pun akan kering sama sekali. Orang Asyur yang sombong akan merendahkan diri, dan Mesir yang gagah perkasa akan kehilangan kuasa.


TUHAN berfirman, “Aku murka terhadap orang bangsa asing yang memerintah umat-Ku. Aku akan menghukum mereka. Penduduk Yehuda milik-Ku, dan Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa akan memelihara mereka. Mereka akan menjadi kuda perang-Ku yang kuat.


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


TUHAN berfirman, “Aku akan melenyapkan kereta kuda dari Israel, dan juga kuda di Yerusalem; busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan. Raja kamu akan mengadakan perdamaian antara bangsa-bangsa; kerajaannya terbentang dari laut ke laut, dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Aku akan menggunakan Yehuda seperti busur pahlawan, dan Israel seperti anak panah. Aku akan menggunakan penduduk Sion seperti pedang, untuk memerangi orang Yunani.”


“Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!”


Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.


Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!”


Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”


Tentera syurga mengikuti Dia dengan menunggang kuda putih dan mengenakan pakaian linen putih yang bersih.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan