Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:4
37 Iomraidhean Croise  

supaya semua orang mengetahui perbuatan-Mu yang hebat, dan pemerintahan-Mu yang mulia dan semarak.


Orang miskin akan makan dengan puas hati; mereka yang datang kepada TUHAN akan memuji Dia. Semoga mereka makmur selama-lamanya!


Pujilah nama-Nya yang mulia itu selama-lamanya, semoga seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya! Amin! Amin!


Kerajaannya meluas dari laut ke laut, dari Sungai Efrat hingga ke hujung bumi.


TUHAN ialah raja. Dia berpakaian keagungan dan kekuatan. Engkau telah mengukuhkan bumi, supaya tidak dapat digoncang.


Dia menepati janji-Nya kepada orang Israel, umat-Nya dengan kasih dan kesetiaan kepada mereka. Semua bangsa di seluruh dunia telah melihat kemenangan Allah kita.


Dengarkanlah dan taatilah dia. Jangan berontak terhadap dia kerana dia utusan-Ku. Dia tidak akan mengampunkan pemberontakan yang demikian.


Berpalinglah kepada-Ku sekarang hai bangsa-bangsa di seluruh dunia, supaya kamu diselamatkan! Akulah satu-satunya Allah, selain Aku, tiada yang lain.


Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku; Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya, untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya. TUHAN memberi aku kehormatan, Allahku adalah sumber kekuatanku.


TUHAN akan menggunakan kuasa-Nya yang suci di hadapan semua bangsa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya, dan seluruh bumi akan menyaksikannya.


TUHAN berfirman, “Hamba-Ku akan berjaya dalam tugasnya; dia akan disanjung tinggi.


Aku, Tuhan, akan mendatangkan raja Asyur dengan seluruh angkatan perangnya untuk menyerang Yehuda. Mereka akan mara seperti air bah dari Sungai Efrat yang meluap-luap dan membanjiri tebingnya.


Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Bangkitlah, hai pedang, dan seranglah gembala yang bekerja untuk-Ku! Bunuhlah dia supaya kawanan dombanya tercerai-cerai. Aku akan menyerang umat-Ku,


TUHAN berfirman, “Aku akan melenyapkan kereta kuda dari Israel, dan juga kuda di Yerusalem; busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan. Raja kamu akan mengadakan perdamaian antara bangsa-bangsa; kerajaannya terbentang dari laut ke laut, dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Dengan mata kepala sendiri orang Israel akan nampak kejadian itu, lalu berkata, “TUHAN sungguh berkuasa; kekuasaan-Nya sampai di luar negeri Israel!”


Oleh itu ketahuilah, engkau Petrus, batu yang kuat. Dengan beralaskan batu inilah, Aku akan membina jemaah-Ku. Bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya!


‘Hai Betlehem di negeri Yudea, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil antara kota-kota utama di Yudea; Daripadamu akan datang seorang pemimpin yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ ”


“Apabila Anak Manusia datang sebagai Raja dengan semua malaikat Allah, Dia akan duduk di atas takhta-Nya yang mulia.


Dia akan menjadi agung dan akan disebut Anak Allah Yang Maha Tinggi. Tuhan Allah akan menjadikan Dia raja seperti Daud, nenek moyang-Nya.


Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Aku lakukan itu, meskipun kamu tidak percaya kepada-Ku. Dengan demikian kamu tahu dan mengerti bahawa Bapa bersatu dengan Aku, dan Aku bersatu dengan Bapa.”


Tetapi Yesus berkata kepadanya, “Jangan pegang Aku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku dan beritahu mereka bahawa sekarang Aku sedang kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu.”


Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga.


Berkat-berkat itu untuk kamu kerana kamu percaya kepada Allah. Oleh itu kamu dipelihara oleh kuasa Allah supaya kamu menerima penyelamatan yang siap dinyatakan pada akhir zaman.


Surat ini daripada Yudas, hamba Yesus Kristus dan saudara Yakobus. Surat ini ditujukan kepada mereka yang telah dipanggil dan dikasihi oleh Allah Bapa, serta dilindungi oleh Yesus Kristus.


Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan