Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Aku akan merobohkan patung-patung Dewi Asyera di negeri kamu dan memusnahkan kota-kota kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 Aku akan melenyapkan patung-patung ukiranmu dan tiang-tiang berhalamu daripada kalanganmu. Engkau tidak akan lagi sujud menyembah hasil kerja tanganmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Aku akan merobohkan patung-patung Dewi Asyera di negeri kamu dan memusnahkan kota-kota kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:13
17 Iomraidhean Croise  

Negeri mereka penuh dengan berhala, dan mereka menyembah patung-patung yang dibuat oleh mereka sendiri.


Dosa Israel hanya dapat diampunkan apabila batu mazbah dewa-dewa telah dihancurkan sehingga menjadi seperti kapur, dan tiada lagi mazbah untuk membakar kemenyan, dan tiada lagi lambang-lambang Dewi Asyera.


Mereka akan membakar rumah-rumahmu dan membiarkan kaum wanita melihat engkau dihukum. Aku akan menghentikan pelacuranmu. Engkau tidak akan memberikan hadiah kepada kekasih-kekasihmu lagi.


Aku akan memercikkan air bersih pada kamu, dan membersihkan kamu daripada segala berhala kamu dan segala sesuatu yang telah menajiskan kamu.


Mereka tidak akan menajiskan diri mereka lagi dengan menyembah berhala yang menjijikkan atau menodai diri dengan berbuat dosa. Aku akan membebaskan mereka daripada segala yang menyebabkan mereka berdosa dan mengkhianati Aku. Aku akan menyucikan mereka; mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku akan menjadi Allah mereka.


Di sana mereka akan hidup dalam buangan. Lalu mereka akan teringat Aku dan menyedari bahawa Aku telah menghukum dan mempermalukan mereka kerana mereka tidak setia kepada-Ku. Mereka telah meninggalkan Aku dan memilih berhala, dan bukan Aku. Mereka akan merasa jijik terhadap diri mereka sendiri kerana perbuatan yang jahat dan hina yang dilakukan mereka.


Hati mereka penuh dengan tipu daya dan sekarang mereka harus menderita akibat dosa mereka. Allah akan merobohkan mazbah-mazbah mereka dan memusnahkan tugu-tugu berhala mereka.


Kembalilah kepada TUHAN, dan biarlah doa ini menjadi persembahan kamu kepada-Nya: “Ampunkanlah segala dosa kami, ya TUHAN, dan terimalah doa kami. Lalu kami akan memuji Engkau sebagaimana yang telah kami janjikan.


Mereka akan kembali kepada-Ku dan hidup dalam perlindungan-Ku. Dengan pesat mereka akan bertambah makmur seperti gandum bertumbuh di ladang yang subur, dan seperti ladang anggur yang banyak hasilnya. Mereka akan terkenal seperti wain dari Lebanon.


Inilah keputusan TUHAN tentang Asyur, “Mereka tidak akan mempunyai keturunan untuk meneruskan bangsa mereka. Aku akan menghancurkan patung-patung berhala yang di dalam kuil-kuil dewa mereka. Aku sedang menyediakan kubur untuk orang Asyur; mereka tidak layak hidup!”


Aku akan menghukum penduduk Yerusalem dan penduduk seluruh Yehuda. Aku akan melenyapkan sisa-sisa penyembahan Baal dari tempat-tempat itu. Imam-imam yang mengabdikan diri kepada Baal akan dilupakan sama sekali.


Pada masa itu Aku akan menghapus nama berhala-berhala di negeri ini; tiada sesiapa pun akan mengingatnya lagi. Aku akan melenyapkan sesiapa sahaja yang mengaku dirinya nabi, dan melenyapkan keinginan untuk menyembah berhala.


Umat manusia yang selebihnya, yang tidak terbunuh oleh malapetaka itu, tidak meninggalkan berhala yang dibuat oleh mereka. Mereka tidak berhenti menyembah roh jahat dan berhala yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, batu, dan kayu. Berhala-berhala itu tidak dapat melihat, mendengar, ataupun berjalan.


Kelima-lima orang pengintip itu terus masuk ke dalam rumah, lalu mengambil patung berhala daripada kayu yang bersalut perak itu, patung-patung berhala lain dan efod. Pemuda Lewi itu sedang berdiri dengan enam ratus orang askar itu di pintu gerbang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan