Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 5:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 TUHAN berfirman, “Hai Betlehem Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Sekarang berhimpunlah, wahai puteri yang berpasukan, pengepungan telah diadakan terhadap kita. Dengan tongkat mereka akan menghentam rahang orang yang memerintah Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 TUHAN berfirman, “Hai Betlehem Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 5:1
35 Iomraidhean Croise  

Setelah Rahel meninggal, dia dikuburkan di pinggir jalan yang menuju ke Efrata, yang sekarang bernama Bethlehem.


Yehuda akan memegang tongkat kerajaan, keturunannya akan memerintah selama-lamanya. Bangsa-bangsa akan membawakan dia ufti, dan sujud dengan taat di hadapannya.


Nabi Zedekia menghampiri Mikha, menampar pipinya, lalu bertanya, “Sejak bilakah Roh TUHAN meninggalkan aku dan berfirman kepadamu?”


TUHAN mengirim gerombolan bersenjata dari Babilonia, Siria, Moab, dan Amon untuk menentang Raja Yoyakim serta memusnahkan Yehuda. Hal itulah yang telah difirmankan TUHAN melalui para nabi-Nya.


Orang mengejek aku; mereka mengeroyok aku dan menampar mukaku.


Akulah yang mula-mula sekali diciptakan, sebelum dunia ini dijadikan.


Aku mengirim Asyur untuk menyerang suatu bangsa yang telah membuang iman, dan yang telah membangkitkan kemurkaan-Ku. Aku mengutus Asyur untuk menjarah, mencuri, dan memijak-mijak bangsa itu seperti lumpur di jalan.”


Segala perlengkapan di kapal mereka tidak berguna. Layarnya tidak dapat dibentangkan. Kita akan merampas semua kekayaan tentera musuh, dan jumlahnya begitu banyak sehingga orang lumpuh pun mendapat bahagian. TUHAN sendiri akan menjadi raja kita. Dia akan memerintah dan melindungi kita.


Berhimpunlah dengan ketakutan, hai bangsa-bangsa! Dengarlah, hai tempat-tempat yang jauh. Bersiaplah untuk berperang, tetapi hendaklah kamu takut! Ya, bersiap-siaplah, tetapi dengan rasa takut!


Seorang anak telah dilahirkan bagi kita! Seorang anak lelaki telah dianugerahkan kepada kita! Dia akan menjadi pemimpin kita. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai.”


‘Aku akan memanggil semua bangsa dari utara, dan juga hamba-Ku, Raja Nebukadnezar dari Babilonia. Aku akan mengerahkan mereka supaya memerangi Yehuda dan penduduknya serta memerangi semua bangsa di sekitarnya. Aku akan membinasakan penduduk Yehuda bersama dengan bangsa-bangsa di sekitarnya, dan membiarkan mereka hancur selama-lamanya. Sesiapa yang nampak mereka akan terkejut dan berasa ngeri. Aku, TUHAN, telah berfirman.


Seperti singa keluar dari persembunyiannya, begitulah pemusnah bangsa-bangsa telah berangkat. Dia datang untuk membinasakan Yehuda. Kota-kota Yehuda akan menjadi reruntuhan, dan tidak akan didiami orang.


Walaupun dipukul dan dihina, kita harus menerima semuanya.


Kamu akan musnah dimakan api. Darah kamu akan tertumpah di negeri kamu sendiri. Tiada sesiapa pun akan mengingati kamu lagi.’ ” TUHAN telah berfirman.


“Hai manusia fana, catatkan tarikh hari ini, kerana pada hari inilah raja Babilonia mula mengepung Yerusalem.


Perhatikanlah dan fahamilah hal ini: Dari saat perintah dikeluarkan untuk membina semula Yerusalem, hingga kedatangan pemimpin yang dipilih oleh Allah, jangka masanya ialah tujuh kali tujuh tahun. Yerusalem akan dibina semula dengan jalan-jalan raya dan pertahanan yang kuat, dan akan bertahan selama tujuh kali enam puluh dua tahun, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Umumkanlah hal ini kepada bangsa-bangsa, ‘Bersiaplah untuk berperang, panggillah para pahlawan kamu; kumpulkanlah semua askar, dan maralah!


Aku akan membunuh penguasa Moab dan semua pegawai kerajaan di sana.”


Dengarlah! Aku akan menjadikan orang Babilonia berkuasa, bangsa yang bengis dan gopoh. Mereka mara ke seluruh dunia untuk menaklukkan negeri lain.


Aku mendengar semuanya itu dan aku gementar; bibirku bergetar kerana aku ketakutan. Tubuhku lemah tidak bermaya, kakiku tersandung ketika berjalan. Dengan tenang aku akan menanti waktunya Engkau menghukum orang yang menyerang kita.


Mereka menjawab, “Dia bersalah dan mesti dihukum mati.” Mereka meludahi muka Yesus dan memukul Dia. Beberapa orang yang menampar Yesus


Mereka meludahi Dia dan mengambil tongkat itu lalu memukul kepala-Nya.


Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga.


Ketika Yesus berkata demikian, salah seorang pengawal di situ menampar Dia sambil berkata, “Berani sungguh kamu berkata demikian kepada Imam Agung!”


lalu berulang kali datang kepada-Nya sambil berkata, “Daulat, raja orang Yahudi!” Setelah itu mereka menampar Dia.


Imam Agung Ananias menyuruh orang yang berdiri dekat Paulus menampar mulut Paulus.


Kamu membiarkan mereka memperhamba kamu atau merugikan kamu atau memerangkap kamu atau menghina kamu ataupun menampar kamu.


TUHAN akan mendatangkan suatu bangsa dari hujung bumi untuk melawan kamu, bangsa yang bahasanya tidak kamu fahami. Seperti burung helang, mereka akan menyambar kamu.


Allah yang kekal menjadi perlindungan kamu, dan tangan-Nya menunjang kamu. Apabila kamu bergerak maju, Dia mengusir musuh kamu, dan menyuruh kamu membinasakan mereka semua.


Pada masa itu juga ada seorang pemuda daripada suku Lewi. Dahulu dia tinggal di kota Betlehem di wilayah Yehuda.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan