Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Mengapakah engkau menangis sekuat itu? Mengapakah engkau kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin? Adakah hal ini disebabkan engkau tidak mempunyai raja, dan para penasihatmu sudah meninggal?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Sekarang, mengapakah engkau berteriak dengan kuat? Tidak adakah lagi raja dalam kalanganmu? Adakah penasihatmu sudah binasa sehingga kamu dicengkam kesakitan seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Mengapakah engkau menangis sekuat itu? Mengapakah engkau kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin? Adakah hal ini disebabkan engkau tidak mempunyai raja, dan para penasihatmu sudah meninggal?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:9
20 Iomraidhean Croise  

Mereka akan ketakutan dan kesakitan seperti perempuan yang sedang bersalin. Mereka akan saling memandang dengan cemas, dan muka mereka merah kerana malu.


Apa yang aku nampak dan dengar dalam penglihatan itu menakutkan serta menyakitkan; kesakitan itu seperti ketika perempuan hendak bersalin.


Ya TUHAN, Engkau menyebabkan kami berteriak kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin.


Kamu tinggal dengan aman kerana dikelilingi tiang-tiang sedar Lebanon, tetapi apabila kamu ditimpa kesakitan, kamu akan menderita seperti wanita yang bersalin.”


Hai umat-Ku, jangan takut! Hai umat Israel, jangan gentar! Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh, dari negeri tempat kamu ditawan oleh musuh. Kamu akan pulang ke negeri kamu dan hidup dengan aman. Kamu akan selamat, dan tiada orang akan menakutkan kamu.


Sampai bilakah aku harus menyaksikan kesengitan peperangan, dan mendengar bunyi trompet yang memekakkan?


Aku mendengar suara rintihan seperti wanita sedang bersalin; seperti teriakan wanita yang melahirkan anak pertama. Begitulah tangisan Yerusalem yang terengah-engah, serta menghulurkan tangan dan berkata, “Malanglah aku! Mereka datang membunuh aku!”


Kota-kota dan kubu-kubunya akan direbut. Pada hari itu askar-askar Moab akan ketakutan seperti perempuan yang sedang bersalin.


Raja Babilonia mendengar berita itu, dan menjadi lemah. Dia dicekam perasaan susah, dan menderita seperti perempuan yang sedang bersalin.


Dengarlah! Di seluruh negeri aku mendengar bangsaku berseru, “Tiadakah TUHAN di Sion lagi? Di manakah raja Sion kini?” TUHAN, raja mereka menjawab, “Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan-Ku? Aku murka kerana kamu menyembah berhala kamu dan bersujud kepada dewa-dewa asing yang sama sekali tidak berguna.”


Mereka menangkap orang yang memberi kami hidup, iaitu raja pilihan TUHAN; orang yang kami percayai untuk melindungi kami daripada penyerbu.


Tidak lama lagi mereka akan berkata, “Kita tidak mempunyai raja kerana kita tidak takut kepada TUHAN. Apa gunanya seorang raja bagi kita?”


Israel mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Israel sangat bodoh sehingga tidak menggunakan peluang itu. Israel seperti bayi yang hampir lahir tetapi tidak mahu keluar dari rahim ibu.


Begitu juga untuk masa yang lama umat Israel akan hidup tanpa raja atau pemimpin, tanpa korban-korban, atau tugu-tugu keramat, tanpa berhala-berhala atau patung-patung yang digunakan untuk meramalkan masa depan.


Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,


Apabila seorang perempuan hendak melahirkan anak, hatinya susah kerana masa penderitaannya sudah tiba. Tetapi ketika anak itu lahir, dia lupa akan penderitaannya. Dia bersukacita, kerana seorang anak sudah dilahirkan ke dunia.


Dia sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan