Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti seorang gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Mengenai engkau, wahai Menara Kawanan Ternak, bukit puteri Sion, kepadamu akan tiba dan akan datang pemerintahan yang dahulu, yakni kerajaan bagi puteri Yerusalem.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti seorang gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:8
23 Iomraidhean Croise  

Kemudian Yakub meneruskan perjalanannya. Selepas melalui menara Eder, dia memasang khemahnya.


Tetapi Raja Daud benar-benar dapat merampas Sion, kubu pertahanan mereka. Sejak itulah kubu itu dinamakan “Kota Daud.”)


Palal anak Uzai membina bahagian tembok yang selanjutnya, bermula dari sudut tembok dan menara istana bahagian atas, dekat halaman penjaga; Pedaya anak Paros membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke suatu tempat di hadapan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, dan menara penjagaan Rumah TUHAN. (Tidak jauh dari situ ada kawasan yang bernama Ofel, tempat tinggal para pekerja Rumah TUHAN.)


Bukalah pintu zaman purba seluas-luasnya, Raja yang mulia akan masuk!


Sion, bukit Allah, tinggi dan indah; kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia!


Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu, kerana aku putus asa. Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat,


Lehermu seperti menara Daud, yang dibina berlapis-lapis, kalungmu seperti seribu perisai pahlawan.


Aku akan memberi kamu pemimpin dan penasihat seperti dahulu kala. Barulah Yerusalem akan disebut kota yang adil dan setia.”


Pada hari ini musuh berada di kota Nob; di sana mereka mengepalkan tinju ke arah Bukit Sion, ke kota Yerusalem.


Dia mencangkul tanahnya dan membuang batu-batunya; dia menanam anggur pilihan, dan membina menara penjagaan. Dia menggali sebuah lubang untuk memeras buah anggurnya. Lalu dia menunggu sehingga buah anggur masak, tetapi tiap-tiap buah itu masam.


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Tetapi umat Allah Yang Maha Tinggi akan menerima kuasa untuk memerintah selama-lamanya.”


Orang Yerusalem yang berjaya akan menyerang Edom dan menaklukinya. TUHAN sendiri akan memerintah sebagai raja.”


Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”


TUHAN berfirman, “Aku akan melenyapkan kereta kuda dari Israel, dan juga kuda di Yerusalem; busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan. Raja kamu akan mengadakan perdamaian antara bangsa-bangsa; kerajaannya terbentang dari laut ke laut, dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Pulanglah, hai kamu orang buangan, sekarang kamu mempunyai harapan; pulanglah ke tempat perlindungan kamu. Aku memberitahu kamu sekarang, bahawa Aku akan memberkati kamu dua kali ganda bagi segala penderitaan yang kamu alami.


Bersukacitalah, hai penduduk Sion! Bersoraklah, hai penduduk Yerusalem! Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai, dengan mengenderai anak keldai yang muda.


Bangsa Israel akan menginjak-injak mereka, dan membinasakan semua musuh yang masih hidup.”


“Dengarlah sebuah perumpamaan lain,” kata Yesus. “Seorang pemilik tanah mempunyai ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain.


Kemudian Yesus berkata-kata kepada para ketua imam, guru Taurat, dan pemimpin masyarakat Yahudi dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, “Ada seorang yang menanami ladang anggur. Dia memasang pagar di sekelilingnya, menggali lubang tempat memeras buah anggur, dan mendirikan menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang, lalu dia berangkat ke negeri lain.


Di situ Kristus berkuasa atas semua pemerintah, penguasa, pemimpin, dan raja. Kristus jauh lebih berkuasa daripada sesiapa pun, baik yang hidup pada zaman ini mahupun pada zaman yang akan datang.


Malam tiada lagi; lampu dan cahaya matahari pun tidak diperlukan, kerana Tuhan Allah sendiri akan menerangi mereka. Mereka akan memerintah sebagai raja selama-lamanya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan