Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Orang yang tempang akan Kujadikan saki-baki bangsa dan kalangan yang terbuang Kujadikan bangsa yang kuat. TUHAN akan bertakhta atas mereka di Gunung Sion dari waktu itu untuk selama-lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Mereka lumpuh dan jauh dari rumah, tetapi Aku akan memberikan peluang baru bagi mereka yang masih hidup, lalu mereka akan menjadi satu bangsa yang besar. Aku akan memerintah mereka dari Bukit Sion mulai dari saat itu hingga selama-lamanya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:7
32 Iomraidhean Croise  

Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku.”


Kemudian seorang daripada keturunan Raja Daud akan menjadi raja yang memerintah rakyatnya dengan kasih dan kesetiaan. Baginda akan cepat bertindak untuk melakukan yang benar, dan baginda akan menegakkan keadilan.)


Bulan akan menjadi gelap dan matahari tidak lagi bercahaya, kerana TUHAN Yang Maha Kuasa akan menjadi raja. Dia akan memerintah di Bukit Sion di Yerusalem, dan menyatakan kemuliaan-Nya kepada para pemimpin umat-Nya.


Bahkan jika ada seorang antara sepuluh yang masih tertinggal di negeri itu, dia juga akan dibinasakan. Dia akan menjadi seperti tunggul pokok oak yang telah ditebang. Tunggul itu melambangkan permulaan yang baru bagi umat Allah.”


Bahkan keluargamu yang terkecil dan terhina akan menjadi bangsa yang kuat. Pada masa yang tepat kelak, Aku, TUHAN, akan melakukannya dengan segera.”


Pernahkah sesiapa melihat atau mendengar hal demikian? Pernahkah sesuatu bangsa dilahirkan dalam sehari? Sion tidak akan menderita lama lagi; bangsa itu akan segera dilahirkan.


“Hai manusia fana, inilah takhta-Ku. Aku akan tinggal di sini, di tengah-tengah umat Israel, dan Aku akan memerintah mereka selama-lamanya. Umat Israel dan raja-raja mereka tidak akan lagi mencemarkan nama-Ku yang suci dengan menyembah berhala, atau dengan menguburkan jenazah raja mereka di tempat ini.


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Raja bertitah, “Selepas tujuh tahun itu beta memandang ke langit. Tiba-tiba fikiran beta waras semula. Beta memuji Allah Yang Maha Tinggi sambil menghormati dan memuliakan Dia yang hidup selama-lamanya. Allah akan memerintah selama-lamanya, kerajaan-Nya akan tetap sepanjang masa.


Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.


Kuasa serta kebesaran segala kerajaan di bumi akan diberikan kepada umat Allah Yang Maha Tinggi. Kuasa mereka untuk memerintah tidak akan berakhir, dan semua penguasa di bumi akan mengabdi kepada mereka serta mentaati mereka.”


Umat Israel akan menjadi sebanyak pasir di laut, tidak dapat dikira ataupun disukat. Sekarang Allah berfirman kepada mereka, “Kamu bukan umat-Ku,” tetapi akan tiba masanya Dia berfirman kepada mereka, “Akulah Allah yang hidup dan kamulah anak-anak-Ku.”


Tetapi semua orang yang meminta pertolongan TUHAN akan diselamatkan. Sebagaimana TUHAN telah berfirman, ‘Sebilangan orang di Yerusalem akan terselamat; mereka yang Aku pilih akan hidup.’ ”


“Oleh itu hai Israel, barulah kamu tahu, bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu. Aku tinggal di Sion, bukit-Ku yang suci. Yerusalem akan menjadi kota yang suci; orang bangsa asing tidak sekali-kali akan merampasnya lagi.


Orang Yerusalem yang berjaya akan menyerang Edom dan menaklukinya. TUHAN sendiri akan memerintah sebagai raja.”


Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”


Allah akan membuka jalan bagi mereka dan membawa mereka keluar dari pembuangan. Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang kota dan membebaskan diri. TUHAN sendiri, yang menjadi raja mereka akan memimpin mereka keluar.


Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,


Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.


Orang Israel yang terselamat tidak akan berbuat jahat kepada sesiapa pun; mereka tidak akan berdusta dan tidak menipu. Mereka akan makmur dan aman; mereka tidak akan takut kepada sesiapa pun.”


Masanya akan tiba; Aku akan membawa pulang orang yang tercerai-cerai; Aku akan menjadikan kamu termashyur di seluruh bumi, dan menjadikan kamu makmur sekali lagi.” TUHAN telah berfirman.


Dia akan memerintah sebagai raja keturunan Yakub untuk selama-lamanya. Kerajaan-Nya tidak akan berakhir.”


Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan