Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku mengumpulkan umat yang Aku hukum, mereka yang telah menderita dalam pembuangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 “Pada hari itu,” demikianlah firman TUHAN, “Aku akan mengumpulkan orang yang tempang. Aku akan menghimpunkan orang yang telah diusir dan yang telah Kuberikan penderitaan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku mengumpulkan umat yang Aku hukum, mereka yang telah menderita dalam pembuangan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:6
16 Iomraidhean Croise  

TUHAN sedang memulihkan Yerusalem; Dia sedang membawa orang Israel kembali dari pembuangan.


Jangan biarkan musuhku mentertawakan penderitaanku; jangan biarkan mereka berasa megah kerana kejatuhanku!


TUHAN Raja yang membawa umat-Nya pulang dari pembuangan telah berjanji bahawa Dia juga akan mengumpulkan bangsa lain untuk bergabung dengan mereka yang sudah terkumpul.


Israel akan bergabung dengan Yehuda, lalu bersama-sama datang dari negeri pembuangan di sebelah utara. Mereka akan kembali ke negeri yang telah Kuberikan sebagai tanah pusaka kepada nenek moyang kamu.”


Dari utara Aku membawa mereka kembali, Aku mengumpulkan mereka dari hujung bumi. Orang buta dan orang lumpuh akan mengikut mereka, begitu juga wanita hamil dan mereka yang hampir bersalin. Mereka akan kembali sebagai bangsa yang besar.


Aku akan mengumpulkan kamu dari setiap negeri dan daripada setiap bangsa lalu membawa kamu pulang ke negeri kamu sendiri.


Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”


Masanya akan tiba; Aku akan menghukum penindas kamu. Aku menyelamatkan orang tempang, dan membawa pulang orang yang dibuang. Aku akan menyebabkan orang menghormati mereka, sehingga di seluruh dunia, mereka tidak lagi dihina.


Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat.”


Masih ada domba-domba lain yang juga milik-Ku, tetapi tidak termasuk dalam kawanan ini. Aku juga harus memimpin mereka dan mereka akan mendengarkan suara-Ku. Mereka semuanya akan menjadi satu kawanan dengan satu gembala.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan