Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 “Segeralah mengirik, wahai puteri Sion, kerana tandukmu akan Kujadikan besi dan kukumu akan Kujadikan tembaga. Engkau akan menumbuk hancur banyak suku bangsa. Engkau akan mengkhususkan jarahan mereka kepada TUHAN dan kekayaan mereka kepada Tuhan semesta bumi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:13
28 Iomraidhean Croise  

Mazmur Daud. Bumi dan segala isinya milik TUHAN; dunia dan semua yang mendiaminya kepunyaan-Nya.


Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Allah, kuasa yang telah Engkau gunakan bagi kami.


Raja-raja Tarsis dan pulau-pulau akan mempersembahkan hadiah kepadanya; raja-raja negeri Syeba dan Seba juga akan membawa ufti untuknya.


Masanya akan tiba apabila TUHAN Yang Maha Kuasa akan menerima persembahan dari negeri yang dilintasi sungai-sungai, daripada bangsa yang kuat dan perkasa, orang yang tinggi dan berkulit halus, dan yang ditakuti di seluruh dunia. Mereka akan datang ke Bukit Sion, tempat TUHAN Yang Maha Kuasa disembah.


Hai bangsaku Israel, kamu telah ditebah seperti gandum. Tetapi sekarang aku telah memberitahu kamu berita baik yang aku dengar daripada TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel.


Segala hasil perdagangan itu akan ditahbiskan untuk TUHAN. Wang daripada perdagangan itu tidak akan disimpan tetapi digunakan untuk membeli makanan dan pakaian yang diperlukan oleh orang yang menyembah TUHAN.


Anak panah mereka tajam dan busur mereka siap dilenturkan. Kuku kuda mereka keras seperti batu api, dan roda kereta kuda mereka berputar secepat angin puting beliung.


TUHAN berfirman, “Hai Babilonia, engkau bagaikan tukul-Ku dan senjata perang-Ku. Aku menggunakan engkau untuk menghancurkan bangsa-bangsa,


Tidak lama lagi musuh akan mengalahkan mereka dan memijak-mijak mereka seperti orang memijak-mijak gandum di tempat mengirik gandum. Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, telah berfirman.”


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Dahulu Israel seperti lembu muda yang terlatih, dan sentiasa sedia mengirik gandum. Aku tidak perlu memasang kok pada tengkoknya yang elok itu. Tetapi sekarang Aku telah membuat keputusan untuk memaksanya bekerja berat. Aku menyuruh Yehuda membajak dan Israel menarik garu.


Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu.


Dengan murka Engkau menjelajahi bumi; dengan marah Engkau memijak bangsa-bangsa.


Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.


Pada masa itu Aku akan menjadikan puak-puak Yehuda seperti api di tengah-tengah hutan atau di tengah-tengah ladang gandum yang telah masak; mereka akan membinasakan semua bangsa di sekitar mereka. Penduduk Yerusalem akan selamat di dalam kota.


Kemudian dia berkata, “Cabang itu melambangkan dua orang yang telah dipilih dan dilantik oleh Allah untuk mengabdi kepada-Nya, Tuhan alam semesta.”


Dia menjawab, “Inilah empat angin yang baru datang dari hadirat Tuhan alam semesta.”


Pada tiap-tiap hari Ahad, setiap orang daripada kamu haruslah menyimpan sedikit wang sesuai dengan pendapatannya. Simpanlah wang itu sehingga aku datang, supaya pada waktu itu tidak payah lagi mengumpulkannya.


Semoga kota-kotanya dilindungi oleh pintu gerbang besi, semoga hidupnya sentiasa aman dan tenteram.”


Segala benda yang dibuat daripada perak, emas, gangsa, atau besi harus diasingkan untuk TUHAN. Barang-barang itu harus dibawa ke perbendaharaan TUHAN.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan