Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

11 Sekarang banyak bangsa yang berkumpul demi melawan engkau. Mereka berkata, “Biarlah dia dinajiskan. Biarlah mata kita puas memandangi Sion.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:11
15 Iomraidhean Croise  

Biarlah setiap orang yang membenci Sion dikalahkan dan dipukul mundur.


Kata mereka, “Mari kita binasakan bangsa mereka, supaya Israel dilupakan selama-lamanya!”


Tetapi dalam hatinya, raja Asyur mempunyai rancangannya sendiri. Raja itu bertekad menggunakan kekerasan dan memusnahkan banyak bangsa.


Bangsa-bangsa yang kuat menjadi riuh, dan gemuruhnya seperti gelora ombak laut yang kuat.


Lalu semua tentera bangsa-bangsa yang menyerang kota yang disebut Mazbah Allah, dan juga segala senjata serta peralatan mereka akan lenyap seperti mimpi pada waktu malam.


Oleh itu Raja Nebukadnezar bersama dengan seluruh angkatan tenteranya menyerang Yerusalem pada hari kesepuluh, bulan kesepuluh dalam tahun kesembilan pemerintahan Raja Zedekia. Mereka berkhemah di luar Yerusalem dan membina tembok untuk mengepung kota itu.


TUHAN Raja berfirman, “Aku musuhmu, hai Tirus. Aku akan membawa banyak bangsa untuk menyerang kamu. Mereka akan datang seperti ombak laut.


Engkaulah yang Aku sebut dahulu, ketika Aku berfirman melalui nabi-nabi-Ku di Israel, bahawa pada masa depan Aku akan mengutus seorang untuk menyerang Israel.” TUHAN Raja telah berfirman.


Kamu tidak sepatutnya bersukacita kerana malapetaka yang menimpa saudara kamu di Yehuda. Kamu tidak sepatutnya bergembira pada hari mereka binasa. Kamu tidak sepatutnya mentertawakan mereka pada masa mereka susah.


Pada masa itu musuh kita akan melihat hal yang dilakukan TUHAN bagi kita, lalu mereka akan dipermalukan. Merekalah musuh yang mengolok-olok kita dahulu dengan berkata, “Di manakah TUHAN, Allah kamu?” Kita akan melihat mereka dikalahkan dan dipijak-pijak seperti lumpur di jalan.


Pada masa itu kelak, Aku akan menjadikan Yerusalem seperti batu yang berat. Mana-mana bangsa yang cuba mengangkatnya akan cedera. Semua bangsa di bumi ini akan bersekutu untuk menyerang Yerusalem.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan