Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 4:10 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

10 Menggeliatlah dan mengejanlah, wahai puteri Sion, seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran, kerana sekarang engkau harus keluar dari kota dan berdiam di padang. Engkau harus pergi sampai ke Babel, di sanalah engkau akan diselamatkan, di sanalah engkau akan ditebus TUHAN daripada tangan para musuhmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 4:10
27 Iomraidhean Croise  

Beberapa orang daripada keturunan tuanku sendiri akan dibawa dan dijadikan sida-sida untuk bertugas di istana raja Babilonia.”


tembok kota ditembusi musuh. Walaupun kota itu dikepung orang Babilonia, semua tentera Yehuda berjaya keluar dari kota itu. Mereka melarikan diri pada malam hari dan mengambil jalan melalui taman istana dan pintu gerbang di antara dua tembok itu. Mereka lari menuju Lembah Yordan.


Oleh itu TUHAN membiarkan panglima-panglima tentera negeri Asyur menyerang Yehuda. Mereka menangkap Raja Manasye dengan kaitan, membelenggu baginda, lalu membawa baginda ke Babel.


Raja Babilonia membawa semua orang yang masih hidup di kota itu ke Babilonia. Mereka dipaksa menjadi abdi kepada raja dan keturunannya sehingga permulaan kerajaan Persia.


“Inilah titah Raja Kores, raja Persia. TUHAN, Allah penguasa di syurga, telah menjadikan beta raja seluruh bumi. Dia telah memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah bagi-Nya di Yerusalem, di wilayah Yehuda. Oleh itu, kamu semua yang menjadi umat Allah mesti kembali ke sana. Semoga TUHAN, Allah kamu menyertai kamu.”


Dia menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka, dan membebaskan mereka daripada musuh mereka.


Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN yang menyelamatkan kamu berfirman, “Aku akan mengirim tentera untuk menyelamatkan kamu dari Babel; Aku akan merobohkan pintu-pintu gerbang, lalu sorak-sorai penduduk Babel akan berubah menjadi tangisan.


Akulah yang menggerakkan hati Kores supaya bertindak, untuk melaksanakan maksud-Ku dan menegakkan keadilan. Aku akan meratakan tiap-tiap jalan yang akan dilaluinya. Dia akan membina semula kota-Ku, Yerusalem, dan membebaskan umat-Ku yang ditawan, tanpa rasuah dan tanpa bayaran.” TUHAN Yang Maha Kuasa telah berfirman.


Keluarlah dan larilah dari Babel! Isytiharkanlah berita itu dengan sorak gembira. Siarkan berita itu ke mana-mana, “TUHAN telah menyelamatkan Israel, hamba-Nya!”


“Pergilah ke Sungai Efrat dan sembunyikan sarung pendek itu di celah bukit batu.”


Aku akan melepaskan engkau daripada kekuasaan orang yang jahat dan ganas. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Kamu semua yang telah Kubuang ke Babilonia, dengarlah apa yang Aku, TUHAN, firmankan.’


Aku mendengar suara rintihan seperti wanita sedang bersalin; seperti teriakan wanita yang melahirkan anak pertama. Begitulah tangisan Yerusalem yang terengah-engah, serta menghulurkan tangan dan berkata, “Malanglah aku! Mereka datang membunuh aku!”


Kota-kota dan kubu-kubunya akan direbut. Pada hari itu askar-askar Moab akan ketakutan seperti perempuan yang sedang bersalin.


di wilayah Hamat. Di sana mereka dipukul dan kemudian dihukum mati. Demikianlah penduduk Yehuda diangkut dari negeri mereka, lalu dibuang ke negeri lain.


Umat Israel akan menjadi sebanyak pasir di laut, tidak dapat dikira ataupun disukat. Sekarang Allah berfirman kepada mereka, “Kamu bukan umat-Ku,” tetapi akan tiba masanya Dia berfirman kepada mereka, “Akulah Allah yang hidup dan kamulah anak-anak-Ku.”


Israel mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Israel sangat bodoh sehingga tidak menggunakan peluang itu. Israel seperti bayi yang hampir lahir tetapi tidak mahu keluar dari rahim ibu.


Aku akan memulangkan ladang anggur yang dimilikinya dahulu dan menjadikan Lembah Kesusahan suatu pintu harapan. Di sana dia akan menyambut Aku seperti pada masa mudanya, apabila dia baru keluar dari Mesir.


Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka.


Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya,


Tetapi wanita itu diberikan sepasang sayap burung helang yang besar, supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang gurun. Di situ dia akan dipelihara selama tiga tahun setengah, supaya terhindar daripada serangan naga itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan