Mikha 4:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Pada masa depan gunung tempat Rumah TUHAN akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana, Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo1 Pada hari-hari terakhir gunung tempat Bait TUHAN akan ditegakkan sebagai puncak semua gunung dan akan ditinggikan melebihi bukit-bukit, dan orang akan berduyun-duyun ke sana. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Pada masa depan gunung tempat Rumah TUHAN akan menjadi gunung yang tertinggi, mencuar tinggi melampaui semua gunung. Banyak bangsa akan berduyun-duyun ke sana, Faic an caibideil |
Dengan serta-merta patung itu roboh dan menjadi timbunan besi, tanah liat, gangsa, perak, dan emas yang hancur luluh seperti debu di tempat mengirik gandum pada musim panas. Lalu angin pula meniupnya tanpa meninggalkan sebarang kesan. Tetapi batu itu menjadi sebuah gunung yang memenuhi seluruh bumi.
Tanah di seluruh negeri, dari kota Geba di utara sampai ke Rimon di selatan, akan menjadi rata. Yerusalem akan menjulang tinggi, lebih tinggi daripada tanah di sekitarnya; keluasan kota itu dari Pintu Gerbang Benyamin sampai ke Pintu Gerbang Sudut, iaitu tempat pintu gerbang yang dahulu, dan dari Menara Hananel sampai ke tempat pemerasan buah anggur milik raja.
Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka; orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka, orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.
Kemudian aku nampak takhta-takhta dan orang yang duduk di atas takhta-takhta itu diberikan kuasa untuk menghakimi. Aku juga melihat roh-roh orang yang sudah dipancung kerana memberitakan ajaran benar yang dinyatakan oleh Yesus, dan kerana menyampaikan firman Allah. Mereka tidak menyembah binatang itu ataupun patungnya. Mereka tidak menerima tanda binatang itu pada dahi ataupun pada tangan. Mereka hidup semula dan memerintah sebagai raja bersama-sama Kristus selama seribu tahun.