Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Tetapi bagi diriku, TUHAN memenuhi aku dengan kuasa dan Roh-Nya. Dia memberi aku pengertian tentang keadilan, dan juga keberanian untuk memberitahu umat Israel tentang dosa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Tetapi aku ini penuh dengan kuasa, dengan Roh TUHAN, dengan keadilan, dan dengan keperkasaan, untuk mengisytiharkan kepada Yakub segala pelanggarannya, dan kepada Israel segala dosanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Tetapi bagi diriku, TUHAN memenuhi aku dengan kuasa dan Roh-Nya. Dia memberi aku pengertian tentang keadilan, dan juga keberanian untuk memberitahu umat Israel tentang dosa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:8
28 Iomraidhean Croise  

Aku tidak sabar lagi menunggu. Aku tidak dapat menahan kata-kataku.


TUHAN berfirman, “Berteriaklah dengan sekuat-kuatnya! Beritahulah umat-Ku, orang Israel tentang dosa mereka!


Kuasa TUHAN Raja ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.


Dia telah mengutus aku untuk mengisytiharkan ketibaan masa bagi TUHAN untuk menyelamatkan umat-Nya, dan mengalahkan musuh-musuh mereka. Dia telah mengutus aku untuk menghiburkan orang yang berduka,


Dengarlah, hai Yeremia! Engkau akan ditentang oleh semua penduduk negeri ini, iaitu raja-raja Yehuda, para pegawai pemerintah, para imam, dan rakyat. Tetapi pada hari ini Aku memberi engkau kekuatan untuk menentang mereka. Engkau akan menjadi seperti kota berkubu, seperti tiang besi, dan seperti tembok gangsa. Mereka tidak akan mengalahkan engkau, kerana Aku menyertai engkau untuk melindungi engkau. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Tetapi apabila aku berkata, “Biarlah aku melupakan TUHAN, aku tidak mahu berucap demi nama-Nya lagi,” maka perkhabaran-Mu bagaikan api yang membara dalam hati sanubari. Aku telah cuba menahannya, tetapi aku tidak berdaya.


Kemurkaan-Mu terhadap mereka juga membara dalam diriku, ya TUHAN! Aku tidak dapat menahannya lagi.” Kemudian TUHAN berfirman, “Lampiaskanlah kemurkaan-Ku terhadap anak-anak di jalan-jalan raya dan kepada orang muda yang sedang berkumpul. Suami isteri akan ditangkap, dan orang yang sudah lanjut usia pun akan ditangkap.


Nabi-nabimu hanya tahu berdusta; mereka menipu engkau dengan tidak menyatakan dosamu. Mereka membuat engkau berfikir bahawa engkau tidak perlu bertaubat.


“Hai manusia fana, tunjukkanlah perbuatan Yerusalem yang menjijikkan itu kepadanya.”


Hai manusia fana, adakah engkau bersedia menjatuhkan hukuman kepada mereka? Kalau engkau sedia melakukan hal itu, ingatkanlah mereka tentang segala perbuatan jijik yang dilakukan oleh nenek moyang mereka.


“Hai manusia fana, sudahkah engkau bersedia menghukum kota yang penuh dengan pembunuh? Tunjukkanlah segala perbuatannya yang jijik itu kepadanya.


TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, sudahkah engkau bersedia menghakimi Ohola dan Oholiba? Persalahkan mereka kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan.


Kekuasaan TUHAN mendatangi aku dengan kuat, dan ketika aku diangkat dan dibawa oleh Roh-Nya, aku berasa sakit hati dan marah.


Lalu TUHAN berfirman lagi, “Hai manusia fana, beritahulah umat Israel tentang Rumah-Ku dan suruhlah mereka meneliti rekabentuknya. Permalukan mereka kerana dosa mereka.


Dia mengajar dengan wibawa, bukan seperti guru Taurat mereka.


Yakobus dan saudaranya, Yohanes iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini diberikan-Nya nama Boanerges, yang bererti “anak guntur”);


Aku tidak mengajarkan dan mengkhabarkan Berita Baik itu dengan kata-kata menurut kebijaksanaan manusia. Tetapi aku menyampaikannya dengan cara yang membuktikan bahawa Roh Allah berkuasa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan