Mikha 3:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)7 Orang yang meramalkan masa depan akan dipermalukan kerana ramalan mereka tidak tepat. Mereka semua akan dihina kerana Allah tidak menjawab mereka. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo7 Akan aiblah para pelihat dan para penilik akan mendapat cela; mereka semua akan menutup mulut mereka kerana tidak ada jawapan daripada Allah.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik7 Orang yang meramalkan masa depan akan dipermalukan kerana ramalan mereka tidak tepat. Mereka semua akan dihina kerana Allah tidak menjawab mereka. Faic an caibideil |
Kemudian orang berkata, “Marilah kita berpakat melawan Yeremia. Imam yang dapat memberikan ajaran, orang bijaksana yang dapat memberikan nasihat, dan nabi yang dapat menyampaikan perkhabaran Allah akan selalu ada. Marilah kita mengemukakan tuduhan terhadap Yeremia, dan berhenti mendengarkan kata-katanya!”
Samuel berkata kepada Raja Saul, “Mengapa kamu mengganggu aku dan memanggil aku kembali?” Raja Saul menjawab, “Aku dalam kesusahan besar! Orang Filistin menyerang aku, dan Allah sudah meninggalkan aku. Dia tidak menjawab aku lagi, sama ada dengan perantaraan nabi ataupun mimpi. Itulah sebabnya aku memanggil kamu, supaya kamu memberitahu aku apa yang harus kulakukan.”
“Baiklah!” jawab Saul. “Marilah kita pergi.” Lalu mereka pergi ke kota, tempat hamba Allah itu tinggal. Ketika mereka mendaki bukit menuju ke kota itu, mereka berjumpa dengan beberapa orang gadis yang hendak menimba air di perigi. Mereka bertanya kepada gadis-gadis itu, “Adakah pelihat itu berada di kota?” (Pada zaman itu, seorang nabi disebut pelihat. Oleh itu apabila seseorang hendak menanyakan sesuatu kepada Allah, mereka berkata, “Marilah kita pergi kepada pelihat.”)