Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 “Hai nabi-nabi, akhir hidup kamu hampir tiba. Hari akan menjadi malam bagi kamu. Oleh sebab kamu menyesatkan umat-Ku, kamu tidak akan menerima wahyu atau penglihatan lagi. Kamu tidak dapat meramalkan apa-apa lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 “Oleh sebab itu, akan ada malam bagimu, sehingga kamu tidak mendapat penglihatan. Akan ada kegelapan bagimu sehingga kamu tidak dapat menenung. Matahari akan terbenam bagi para nabi itu, hari akan menggelap bagi mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 “Hai nabi-nabi, akhir hidup kamu hampir tiba. Hari akan menjadi malam bagi kamu. Oleh sebab kamu menyesatkan umat-Ku, kamu tidak akan menerima wahyu atau penglihatan lagi. Kamu tidak dapat meramalkan apa-apa lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:6
14 Iomraidhean Croise  

Nabi-nabi dan tanda-tanda ajaib tidak kelihatan lagi, dan tiada seorang pun yang tahu sampai bila keadaan terus begini.


TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.


Kami meraba-raba seperti orang buta. Kami tersandung pada tengah hari, seolah-olah hari sudah malam. Kami seperti orang mati di kalangan orang hidup.


Hormatilah TUHAN, Allah kamu sebelum Dia mendatangkan kegelapan, dan kaki kamu tersandung di pergunungan; sebelum terang yang kamu harapkan diubah menjadi kekelaman.


Ibu yang kehilangan tujuh orang anaknya terengah-engah dan pengsan. baginya matahari sudah terbenam selagi hari siang; dia dihina dan dipermalukan. Aku akan menyuruh musuh kamu membunuh orang yang masih hidup antara kamu. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Kemudian orang berkata, “Marilah kita berpakat melawan Yeremia. Imam yang dapat memberikan ajaran, orang bijaksana yang dapat memberikan nasihat, dan nabi yang dapat menyampaikan perkhabaran Allah akan selalu ada. Marilah kita mengemukakan tuduhan terhadap Yeremia, dan berhenti mendengarkan kata-katanya!”


Aku akan menghukum kamu, nabi-nabi yang melihat penglihatan palsu serta menyampaikan ramalan yang menyesatkan. Kamu tidak akan bersama-sama umat-Ku apabila mereka bersidang; nama kamu tidak akan tercatat dalam daftar warga Israel, dan kamu tidak akan pulang ke tanah air kamu. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.


Bencana dan berita buruk akan datang terus-menerus. Ketika itu kamu akan memohon para nabi untuk menyatakan penglihatan, tetapi sia-sia sahaja. Para imam tidak mempunyai apa-apa untuk diajarkan kepada umat, dan orang tua-tua kehabisan nasihat.


Masanya akan tiba apabila Aku mendatangkan kebuluran di negeri ini. Orang akan lapar, tetapi tidak lapar akan makanan. Orang akan dahaga, tetapi tidak dahaga akan air. Mereka lapar dan dahaga akan perkhabaran daripada TUHAN. Aku, TUHAN Raja, sudah berfirman.


Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan