Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Umat-Ku telah ditipu oleh nabi-nabi yang menjanjikan keamanan kepada orang yang memberi mereka wang, tetapi mengancam dan memusuhi orang yang tidak memberikan apa-apa. TUHAN berfirman kepada nabi-nabi itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Beginilah firman TUHAN mengenai para nabi yang menyesatkan bangsaku. Jika gigi mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah, maka mereka berseru, “Damai!” Kalau orang tidak menyuapkan sesuatu ke dalam mulut mereka, maka mereka siap berperang dengannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Umat-Ku telah ditipu oleh nabi-nabi yang menjanjikan keamanan kepada orang yang memberi mereka wang, tetapi mengancam dan memusuhi orang yang tidak memberikan apa-apa. TUHAN berfirman kepada nabi-nabi itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:5
25 Iomraidhean Croise  

Bersikap berat sebelah adalah perbuatan yang salah, tetapi ada hakim berbuat demikian untuk menerima rasuah walaupun sedikit.


Pemberi pinjam wang menindas umat-Ku dan menipu mereka. Hai umat-Ku, pemimpin kamu menyesatkan kamu, sehingga kamu tidak tahu akan jalan yang harus kamu ikut.”


Mereka berfikir bahawa mimpi-mimpi yang diceritakan mereka itu akan menyebabkan umat-Ku melupakan Aku sebagaimana nenek moyang mereka melupakan Aku, lalu menyembah Baal.


Aku, TUHAN berfirman; dengarlah! Aku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan mimpi yang penuh dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi itu lalu menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan cakap besar mereka. Aku tidak mengutus atau memberikan arahan kepada nabi-nabi itu. Mereka sama sekali tidak berguna bagi umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”


Mereka menganggap luka-luka umat-Ku sebagai luka kecil sahaja. Mereka berkata, ‘Semuanya baik dan aman.’ Tetapi sebenarnya sama sekali tidak baik dan tidak aman.


Mereka akan berkata, “Bersiaplah untuk menyerang Yerusalem! Bersiaplah! Kita akan menyerbunya pada waktu tengah hari!” Tetapi kemudian mereka akan berkata, “Sudah terlambat! Hari sudah mulai gelap, bayang-bayang sudah mula memanjang.


Nabi-nabimu hanya tahu berdusta; mereka menipu engkau dengan tidak menyatakan dosamu. Mereka membuat engkau berfikir bahawa engkau tidak perlu bertaubat.


Aku akan menghukum kamu, nabi-nabi yang melihat penglihatan palsu serta menyampaikan ramalan yang menyesatkan. Kamu tidak akan bersama-sama umat-Ku apabila mereka bersidang; nama kamu tidak akan tercatat dalam daftar warga Israel, dan kamu tidak akan pulang ke tanah air kamu. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN Raja.


Siang malam kamu melakukan kesalahan. Nabi-nabi kamu pun demikian. Oleh itu, Aku akan membinasakan Israel, ibu kamu.


Umumkanlah hal ini kepada bangsa-bangsa, ‘Bersiaplah untuk berperang, panggillah para pahlawan kamu; kumpulkanlah semua askar, dan maralah!


Kamu menghendaki nabi yang suka berdusta serta menipu, dan yang berkata, ‘Aku bernubuat bahawa kamu akan mendapat wain dan minuman keras yang berlimpah-limpah.’


Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”


Tetapi sekarang, kamu imam-imam, telah menyimpang dari jalan yang benar. Ajaran kamu sudah menyebabkan banyak orang berbuat salah. Kamu sudah melanggar perjanjian yang Aku buat dengan kamu.


Jangan pedulikan orang Farisi. Mereka pemimpin buta, dan apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-dua mereka jatuh ke dalam longkang.”


“Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya mereka seperti serigala buas.


Orang yang berbuat demikian tidak melakukan kerja untuk Kristus Tuhan kita, tetapi untuk memuaskan keinginan hati sendiri. Dengan pujukan dan kata-kata yang elok-elok, mereka menipu orang yang tidak tahu apa-apa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan