Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Masanya akan tiba apabila kamu akan berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak akan menjawab. Dia tidak akan mengabulkan doa kamu, kerana kamu telah melakukan kejahatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Maka mereka akan berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak akan menjawab mereka. Dia akan menyembunyikan wajah-Nya daripada mereka pada waktu itu, kerana perbuatan mereka jahat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Masanya akan tiba apabila kamu akan berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak akan menjawab. Dia tidak akan mengabulkan doa kamu, kerana kamu telah melakukan kejahatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:4
26 Iomraidhean Croise  

Apabila kesusahan tiba, mahukah Allah mendengarkan teriakan mereka?


Tiada gunanya mereka berteriak dengan sekuat tenaga; Allah Yang Maha Kuasa tidak melihat atau mendengar mereka.


Engkau menyebabkan musuhku lari daripadaku; aku membinasakan orang yang membenci aku.


Pada waktu itu kamu akan memanggil aku, tetapi aku tidak akan menjawab. Kamu akan mencari aku di merata-rata tempat, tetapi tidak akan menjumpai aku.


Jika kamu tidak mentaati hukum, doa kamu pun akan menjijikkan.


Apabila kamu mengangkat tangan untuk berdoa, Aku tidak akan memperhatikan kamu. Walaupun berapa banyak kali kamu berdoa, Aku tidak akan mendengarnya, kerana tangan kamu telah banyak kali melakukan pembunuhan.


Tetapi malanglah orang jahat! Mereka akan diperlakukan sebagaimana mereka telah memperlakukan orang lain.


Oleh itu, Aku TUHAN, memperingatkan mereka bahawa Aku akan mendatangkan malapetaka kepada mereka dan mereka tidak akan terlepas daripadanya. Jika mereka berseru minta tolong kepada-Ku, Aku tidak mahu mendengarkan mereka.


Walaupun mereka berpuasa, Aku tidak mahu mempedulikan seruan mereka minta tolong; dan meskipun mereka mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Ku dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan berkenan kepada mereka. Sebaliknya, Aku akan membinasakan mereka dengan peperangan, kebuluran, dan wabak.”


Beberapa orang akan berperang melawan orang Babilonia, yang akan memenuhkan rumah-rumah dengan mayat orang yang Aku pukul sehingga mati ketika Aku murka dan berang. Aku telah meninggalkan kota ini kerana kejahatan penduduknya.


semua yang dikatakan oleh nabi-nabi dusta belaka; imam-imam memerintah mengikut arahan para nabi itu, dan umat-Ku suka akan perkara itu. Tetapi apakah yang dilakukan mereka pada akhirnya?”


Mereka akan merasai kedahsyatan kemurkaan-Ku. Aku tidak akan melepaskan mereka ataupun mengasihani mereka. Mereka akan meneriakkan doa kepada-Ku dengan sekuat-kuatnya, tetapi Aku tidak akan mendengar mereka.”


Orang yang meramalkan masa depan akan dipermalukan kerana ramalan mereka tidak tepat. Mereka semua akan dihina kerana Allah tidak menjawab mereka.


Tetapi bumi akan menjadi tandus kerana kejahatan penduduknya.


Aku tidak menjawab doa mereka kerana mereka tidak mahu mendengar ketika Aku berfirman.


Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’


Pada waktu tuan rumah bangun dan menutup pintu, kamu yang berdiri di luar mula mengetuk pintu dan berkata, ‘Tuan, bukalah pintu untuk kami!’ Tuan itu akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dari mana kamu datang!’


Kita tahu bahawa Allah tidak mendengarkan permintaan orang berdosa. Allah hanya mendengarkan permintaan orang yang menghormati Dia dan melakukan kehendak-Nya.


Hal itu demikian kerana pada masa Allah menghakimi manusia, Dia tidak akan mengasihani orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi orang yang berbelas kasihan tidak akan dihukum oleh Allah.


Pada masa itu kamu akan bersungut kerana raja kamu, raja yang kamu pilih sendiri. Tetapi TUHAN tidak akan mempedulikan sungutan kamu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan