Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 tetapi kamu membenci kebaikan dan mencintai kejahatan. Kamu menguliti umat-Ku hidup-hidup dan mencarik daging mereka daripada tulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Wahai kamu yang membenci kebaikan dan mencintai kejahatan, yang merompak kulit daripada tubuh orang dan daging daripada tulang-tulang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 tetapi kamu membenci kebaikan dan mencintai kejahatan. Kamu menguliti umat-Ku hidup-hidup dan mencarik daging mereka daripada tulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:2
32 Iomraidhean Croise  

Apabila Raja Ahab bertemu dengan Elia, baginda bertitah, “Hai musuh, akhirnya engkau berjaya mendapat beta!” “Benar,” jawab Elia. “Perbuatan tuanku jahat semata-mata di sisi TUHAN.


Seorang nabi bernama Yehu anak Hanani, pergi menghadap raja dan berkata kepadanya, “Patutkah tuanku menolong orang zalim dan berpihak kepada orang yang melawan TUHAN? Perbuatan tuanku itu menyebabkan TUHAN murka terhadap tuanku.


yang menghina orang yang ditolak Allah, tetapi menghormati orang yang taat kepada TUHAN; yang sentiasa menepati janji mereka, tanpa mengira kerugian;


Tetapi semua orang sudah menyeleweng dan sesat, tidak seorang pun melakukan yang baik.


Sesiapa yang mengabaikan hukum, memihak orang jahat; sesiapa yang mentaati hukum, memusuhi orang jahat.


Kamu tidak berhak memeras umat-Ku serta memperdaya orang miskin. Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah berfirman.”


Malanglah kamu! Kamu memutarbalikkan yang baik dan yang jahat, yang gelap dan yang terang, serta yang pahit dan yang manis.


Kamu menyangka bahawa perbuatan kamu benar, tetapi Aku akan mendedahkan kelakuan buruk itu, dan berhala-berhala kamu tidak akan dapat menolong kamu.


Oleh itu, Aku, TUHAN Raja berfirman kepada kamu. Memang kota ini adalah periuk, tetapi daging di dalamnya bukan kamu, melainkan mayat orang yang telah kamu bunuh! Sedangkan kamu akan Kubuang dari kota ini!


Pegawai kerajaan sama seperti serigala yang mencarik-carik mangsa mereka. Mereka melakukan pembunuhan untuk menjadi kaya.


Masukkan daging yang terbaik di dalamnya: daging bahu dan daging paha, dan tulang-tulang yang banyak sumsumnya.


Kamu minum susu domba, memakai pakaian daripada bulu domba, menyembelih dan makan domba yang terbaik, tetapi kamu tidak pernah menggembalakan domba-domba itu.


Dengarlah, hai kaum wanita Samaria yang bertambah gemuk seperti lembu tambun di Basan! Kamu menindas orang lemah, menekan orang miskin, dan menuntut supaya suami kamu sentiasa menyediakan minuman keras untuk kamu!


Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.


TUHAN menjawab, “Kamu menyerang umat-Ku seolah-olah mereka musuh. Orang lelaki pulang dari peperangan dan menyangka bahawa mereka selamat di rumah. Tetapi kamu sedang menunggu untuk mencuri jubah yang dipakai mereka.


Tiada lagi orang jujur di dalam negeri; tiada lagi orang yang setia kepada Allah. Setiap orang menantikan peluangnya untuk membunuh. Setiap orang memburu sesama bangsanya.


Mereka semua mahir melakukan kejahatan. Para pegawai dan hakim minta rasuah. Orang kenamaan memaksakan kemahuan mereka. Oleh itu mereka bersama-sama bersepakat untuk melakukannya.


Para pembesar kota itu seperti singa yang mengaum-aum. Hakim-hakimnya seperti serigala lapar yang sangat rakus sehingga sepotong tulang pun tiada yang ditinggalkan untuk esok harinya.


Tetapi penduduk negerinya membenci dia. Setelah dia berangkat, mereka mengirim utusan untuk mengatakan, ‘Kami tidak mahu orang ini menjadi raja kami.’


Mereka menjawab sambil berseru, “Tidak! Bukan dia! Bebaskan Barabas!” (Barabas seorang perompak.)


Dunia ini tidak mempunyai alasan untuk membenci kamu. Tetapi dunia ini membenci Aku, kerana Aku sentiasa berkata kepada dunia bahawa perbuatannya jahat.


Mereka tahu bahawa menurut hukum Allah, orang yang berbuat semua itu harus dihukum mati. Namun demikian mereka terus-menerus melakukan hal-hal itu; bahkan mereka menyetujui orang lain yang berbuat demikian.


Kamu harus mengasihi orang lain dengan ikhlas. Kamu harus membenci apa yang jahat, tetapi berpegang kepada apa yang baik.


Mereka tidak mengasihi sesama manusia, tidak berbelas kasihan, suka mengumpat, suka akan keganasan; mereka kejam dan benci akan kebaikan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan