Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Jadi, kerana kamulah Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung tempat Bait Suci akan menjadi bukit berhutan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:12
18 Iomraidhean Croise  

Dia menyebabkan tanah subur menjadi padang tandus, akibat kezaliman orang yang tinggal di sana.


Mazmur Asaf. Ya Allah, orang yang tidak mengenal Engkau telah menyerang tanah-Mu. Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci dan meruntuhkan Yerusalem.


Bahkan istana pun akan ditinggalkan dan ibu kota menjadi lengang. Bukit-bukit dan menara-menara pengawal akan runtuh selama-lamanya. Keldai liar dan domba akan berkeliaran dan merumput di sana.


dan di atas gunung-gunung di luar kota. Aku akan menyuruh musuh kamu mengangkut segala harta dan kekayaan kamu, kerana segala dosa yang telah kamu lakukan di seluruh negeri.


Tetapi jika kamu tidak mentaati perintah-Ku, Aku bersumpah bahawa istana ini akan menjadi runtuhan. Aku, TUHAN, telah berfirman.


Bagi-Ku, istana raja Yehuda seindah tanah Gilead dan Pergunungan Lebanon, tetapi tempat itu akan Kujadikan gurun yang tidak didiami orang.


“Ketika Raja Hizkia menjadi raja Yehuda, Nabi Mikha dari Moresyet memberitahu rakyat firman TUHAN Yang Maha Kuasa, ‘Sion akan dibajak seperti ladang, Yerusalem akan menjadi timbunan runtuhan, dan bukit Rumah TUHAN akan menjadi hutan.’


Oleh itu sekarang Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, akan mendatangkan semua bencana yang Aku janjikan itu kepada kamu, penduduk Yehuda dan Yerusalem. Aku akan melakukan hal ini kerana kamu tidak mahu mendengar apabila Aku berfirman, dan kamu tidak mahu menjawab apabila Aku memanggil kamu.”


Inilah firman TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, “Kamu sendiri telah menyaksikan kemusnahan yang Aku timpakan pada Yerusalem dan semua kota lain di Yehuda. Bahkan sampai sekarang pun kota-kota itu masih dalam keadaan runtuhan dan tidak berpenghuni.


Dia membakar Rumah TUHAN, istana, dan rumah-rumah semua pembesar di Yerusalem;


Aku, Yeremia, berkata, “Aku akan meratapi gunung-gunung dan menangisi padang rumput, kerana semuanya sudah kering dan tidak dilalui orang. Bunyi ternakan tidak kedengaran lagi; burung serta binatang liar sudah lari dan pergi.”


TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan runtuhan, tempat persembunyian anjing hutan. Kota-kota Yehuda akan menjadi sunyi, tempat yang tidak lagi dihuni.”


kerana Bukit Sion lengang dan terbiar, anjing hutan berkeliaran di runtuhannya.


Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Samaria timbunan runtuhan di padang, dan tempat orang menanam pokok anggur. Aku akan membuang batu puing kota itu ke lembah, dan asas kota itu akan kelihatan.


Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan