Mikha 3:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)11 Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.” Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo11 Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah, para imamnya mengajar demi bayaran, dan para nabinya menenung demi wang. Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata, “Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita? Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.” Faic an caibideilAlkitab Berita Baik11 Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.” Faic an caibideil |
supaya kamu menjaga jemaah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, seperti gembala menjaga kawanan domba. Jagalah jemaah dengan senang hati sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Janganlah lakukan tugas itu dengan berat hati. Jangan lakukan pekerjaan kamu hanya untuk mendapat upah, tetapi lakukannya kerana kamu sungguh-sungguh ingin melakukannya.