Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Dengarlah, hai para penguasa Israel! Kamu seharusnya mengambil berat tentang keadilan,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Kataku: Dengarlah, wahai para ketua keturunan kaum Yakub dan para pemimpin keturunan kaum Israel! Bukankah kamu sepatutnya tahu apa itu keadilan?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Dengarlah, hai para penguasa Israel! Kamu seharusnya mengambil berat tentang keadilan,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 3:1
21 Iomraidhean Croise  

Aku menegur para pemimpin orang Yahudi. Aku berkata, “Lihatlah perbuatan kamu yang jahat itu! Kamu mencemarkan hari Sabat.


TUHAN bertanya, “Tidakkah semua orang jahat ini tahu? Mereka hidup dengan merompak umat-Ku, dan tidak pernah berdoa kepada-Ku.”


Hai Yerusalem, pemimpin dan rakyat kamu sama seperti orang Sodom dan Gomora. Dengarlah firman TUHAN kepada kamu. Perhatikanlah ajaran Allah kita.


Begitulah caranya kamu menghalang orang miskin mendapat hak mereka dan keadilan, serta merampas milik para balu dan anak yatim piatu.


Semua pemimpin Israel bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan melakukan pembunuhan.


“Hai manusia fana, kecamlah raja-raja Israel. Bernubuatlah dan sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Alangkah malangnya kamu, hai gembala-gembala Israel. Kamu hanya menjaga kepentingan diri sendiri dan bukan kepentingan domba-domba.


Kamu minum susu domba, memakai pakaian daripada bulu domba, menyembelih dan makan domba yang terbaik, tetapi kamu tidak pernah menggembalakan domba-domba itu.


Allah menjawab, “Penduduk Israel dan Yehuda telah melakukan dosa yang amat besar. Mereka melakukan pembunuhan di seluruh negeri, dan memenuhi Yerusalem dengan jenayah. Mereka berkata bahawa Aku, TUHAN, telah meninggalkan negeri mereka, dan Aku tidak nampak mereka.


Hai kamu imam-imam, dengarlah! Hai umat Israel, perhatikanlah baik-baik! Hai kamu anggota kerabat diraja, dengarlah! Kamulah yang seharusnya menghakimi dengan adil, tetapi kamu sendiri akan diadili! Kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa, seperti jaring yang di pasang di Gunung Tabor,


Dengarlah, hai kaum wanita Samaria yang bertambah gemuk seperti lembu tambun di Basan! Kamu menindas orang lemah, menekan orang miskin, dan menuntut supaya suami kamu sentiasa menyediakan minuman keras untuk kamu!


Alangkah malangnya kamu yang hidup bersenang-senang di Sion, dan kamu yang berasa aman di Samaria. Kamulah orang kenamaan daripada Israel, bangsa yang agung; kamulah yang didatangi rakyat untuk meminta pertolongan.


Allah akan membuka jalan bagi mereka dan membawa mereka keluar dari pembuangan. Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang kota dan membebaskan diri. TUHAN sendiri, yang menjadi raja mereka akan memimpin mereka keluar.


Sungguh memalukan! Setidak-tidaknya tentu ada seorang di kalangan kamu yang cukup bijaksana untuk menyelesaikan persengketaan antara sesama orang Kristian.


“Lantiklah hakim-hakim dan pegawai-pegawai lain di tiap-tiap kota yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu. Semua orang itu mesti menghakimi rakyat dengan adil.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan