Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 “Jangan berkhutbah,” demikianlah khutbah mereka. “Orang tidak patut berkhutbah fasal hal-hal itu. Semoga aib tidak akan menimpa kita.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Orang berkhutbah kepadaku dan berkata, “Jangan berkhutbah kepada kami. Jangan berkhutbah tentang semua itu. Allah tidak mungkin mempermalukan kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:6
21 Iomraidhean Croise  

Nabi-nabi dan tanda-tanda ajaib tidak kelihatan lagi, dan tiada seorang pun yang tahu sampai bila keadaan terus begini.


TUHAN telah membuat kamu mengantuk supaya kamu tidur nyenyak. Para nabi sepatutnya menjadi mata rakyat tetapi Allah telah menutup mata para nabi.


Mereka menyuruh para nabi menutup mulut. Mereka berkata, “Jangan katakan hal yang benar kepada kami, tetapi katakan hal yang ingin kami dengar. Biarlah kami berkhayal.


“Hai manusia fana, lihatlah ke arah selatan. Kecamlah tanah selatan dan bernubuatlah menentang hutan di sana.


“Hai manusia fana, kutuklah Yerusalem! Kutuklah tempat-tempat ibadat penduduknya! Berikanlah amaran kepada setiap orang di Israel,


Aku akan membuat engkau kelu lidah sehingga engkau tidak dapat memberikan amaran kepada kaum pemberontak ini.


Tetapi kamu menyuruh orang Nazir minum wain, sehingga mereka mengingkari janji. Kamu juga melarang nabi-nabi menyampaikan perkhabaran-Ku.


Jangan lagi bernubuat di sini, di Betel. Kota ini khas untuk raja beribadat, iaitu tempat ibadat negara.”


Oleh itu dengarlah firman TUHAN. Oleh sebab Amazia melarang aku bernubuat menentang umat Israel,


“Hai nabi-nabi, akhir hidup kamu hampir tiba. Hari akan menjadi malam bagi kamu. Oleh sebab kamu menyesatkan umat-Ku, kamu tidak akan menerima wahyu atau penglihatan lagi. Kamu tidak dapat meramalkan apa-apa lagi.”


Perkara ini akan berlaku kerana kamu telah mengikut perbuatan jahat Raja Omri, dan puteranya, Raja Ahab. Kamu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Oleh itu Aku akan membinasakan kamu, dan semua orang akan menghina kamu. Orang di merata tempat akan membenci kamu.”


Tetapi supaya perkara ini tidak tersebar lebih luas lagi di kalangan orang ramai, baiklah kita berikan amaran kepada mereka supaya jangan berkata-kata lagi kepada sesiapa pun dengan nama Yesus.”


“Dengan tegas kami melarang kamu mengajar berdasarkan ajaran orang itu. Tetapi sekarang lihatlah apa yang sudah kamu lakukan! Kamu menyebarkan ajaran kamu ke seluruh Yerusalem, dan kamu mahu mendakwa kami bertanggungjawab atas kematiannya.”


Rasul-rasul itu dipanggil, lalu dicambuk, kemudian dilarang mengajar lagi berdasarkan ajaran Yesus. Setelah itu mereka dibebaskan.


Alangkah kerasnya kepala saudara-saudara! Alangkah degilnya saudara semua, sehingga tidak mahu taat kepada Allah dan tidak mahu mendengar firman Allah! Saudara-saudara seperti nenek moyang saudara semua; saudara semua selalu melawan Roh Allah!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan