Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Apabila mereka mengingini ladang, mereka merampas ladang orang lain. Apabila mereka mengingini rumah, mereka merebut rumah orang lain. Tiada keluarga sesiapa pun, atau harta sesiapa pun yang selamat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Mereka menginginkan ladang, lalu merampasnya, mahukan rumah, lalu mengambilnya. Maka dilakukan mereka terhadap orang serta kaum keluarganya, menindas orang untuk mengambil harta pusakanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Apabila mereka mengingini ladang, mereka merampas ladang orang lain. Apabila mereka mengingini rumah, mereka merebut rumah orang lain. Tiada keluarga sesiapa pun, atau harta sesiapa pun yang selamat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:2
28 Iomraidhean Croise  

Dekat istana Raja Ahab di Yizreel ada sebidang ladang anggur kepunyaan seorang yang bernama Nabot.


‘Semalam Aku nampak pembunuhan Nabot dan anak-anaknya. Sekarang Aku berjanji bahawa Aku akan menghukum engkau di sini, di tanah ini juga.’ Oleh itu ambillah jenazah Raja Yoram, dan buangkan ke tanah bekas milik Nabot, supaya terlaksana hukuman Allah kepadanya.”


Jika aku telah mencuri tanah yang aku bajak, dan aku telah merampasnya daripada pemilik yang sebenar,


Jangan ingini kepunyaan orang lain: rumahnya, isterinya, abdinya, ternakannya, keldainya atau apa-apa pun miliknya.”


TUHAN akan mengadili ketua dan pemimpin umat-Nya. Inilah tuduhan-Nya terhadap mereka, “Kamu telah merampas hasil ladang anggur dan rumah kamu penuh dengan barang yang kamu rampas daripada orang miskin.


Malanglah kamu! Kamu membeli rumah dan ladang untuk menambah milik kamu. Tidak lama lagi habislah tempat tinggal bagi orang lain. Kamu sahaja yang akan menduduki negeri itu.


Tetapi engkau hanya mencari keuntungan diri sendiri; engkau membunuh orang yang tidak bersalah, dan menindas rakyatmu dengan kejam. Demikianlah firman TUHAN.


Dia menipu orang miskin, merompak, dan tidak mengembalikan barang yang diterimanya sebagai jaminan untuk pinjaman. Dia pergi ke kuil-kuil dan menyembah berhala yang menjijikkan,


Ada orang yang menjadi pembunuh upahan. Ada orang memungut faedah wang daripada sesama orang Israel. Mereka menjadi kaya dengan menipu orang. Mereka sudah melupakan Aku.” TUHAN Raja telah berfirman.


“Aku akan menghantam perompak dan pembunuh kamu.


Kamu berharap kepada pedang kamu. Perbuatan kamu menjijikkan. Kamu semua berzina. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?


TUHAN Raja berfirman, “Hai kamu yang memerintah Israel, kamu telah berdosa terlalu lama. Hentikan penindasan dan perbuatan yang kejam. Lakukan yang benar dan adil. Jangan sekali-kali usir umat-Ku dari tanah mereka lagi. Aku, TUHAN Raja, berfirman kepada kamu.


Penguasa itu tidak boleh merampas tanah pusaka rakyatnya. Tanah yang diberikannya kepada anak-anak lelakinya mesti tanahnya sendiri yang telah ditentukan baginya, supaya dia tidak menindas sesiapa pun umat-Ku dengan merampas tanah mereka.”


TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak hal itu? Penduduk Yehuda tidak puas dengan perbuatan mereka yang menjijikkan ataupun keganasan yang telah dilakukan mereka di seluruh negeri ini. Bahkan mereka melakukan semua itu di sini juga, di dalam Rumah-Ku dan membuat Aku lebih murka lagi. Lihatlah bagaimana mereka menghina Aku dengan cara yang paling keji!


Mereka menginjak-injak orang lemah yang tidak berdaya dan menyingkirkan orang miskin. Bapa dan anak lelakinya meniduri abdi perempuan yang sama, sehingga mencemarkan nama-Ku yang suci.


Dengarlah, hai kaum wanita Samaria yang bertambah gemuk seperti lembu tambun di Basan! Kamu menindas orang lemah, menekan orang miskin, dan menuntut supaya suami kamu sentiasa menyediakan minuman keras untuk kamu!


Dengarlah, kamu yang menindas orang yang serba kekurangan dan membinasakan orang miskin di negeri ini.


Dengarlah kata-kataku, hai para penguasa Israel, kamu yang membenci keadilan dan yang mengubah kebenaran menjadi kesalahan.


Orang kaya di kalangan kamu menindas orang miskin; kamu semua pendusta.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu, orang yang berlaku curang dalam hal memberikan gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan orang bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati Aku.”


“Alangkah malangnya kamu, guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menghalang orang menikmati Pemerintahan Allah. Bukan sahaja kamu tidak mahu menikmati Pemerintahan Allah, bahkan kamu menghalang orang yang berusaha menikmatinya. [


Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan