Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 2:12 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

12 Aku pasti menghimpunkan kamu seluruhnya, wahai Yakub, Aku pasti mengumpulkan saki-baki orang Israel. Aku akan menempatkan mereka bersama-sama seperti kawanan domba di dalam kandang, seperti kawanan ternak di tengah-tengah padangnya. Akan ada ramai sekali manusia di tempat itu!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Israel yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 2:12
28 Iomraidhean Croise  

Pada hari itu Tuhan akan sekali lagi menggunakan kuasa-Nya untuk membawa kembali umat-Nya yang masih hidup di Asyur dan Mesir, di negeri Patros, Etiopia, Elam, Babilonia, dan Hamat, serta di kawasan pantai dan di pulau-pulau.


Pada masa itu, dari Sungai Efrat sampai ke sempadan negeri Mesir, TUHAN akan mengumpulkan umat-Nya seorang demi seorang, seperti orang memisahkan gandum daripada sekam.


Pedang-Nya akan berlumuran darah dan penuh dengan lemak, seperti darah dan lemak domba serta kambing yang dikorbankan. TUHAN akan menyediakan korban itu di kota Bozra, dan mengadakan pembantaian dahsyat di negeri Edom.


Di tengah-tengah reruntuhan kota, anak domba akan meragut rumput dan anak kambing akan mendapat padang rumput yang hijau.


Aku akan mengumpulkan umat-Ku yang lain dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tanah air mereka. Mereka akan mempunyai banyak keturunan dan mereka akan bertambah banyak.


Israel akan bergabung dengan Yehuda, lalu bersama-sama datang dari negeri pembuangan di sebelah utara. Mereka akan kembali ke negeri yang telah Kuberikan sebagai tanah pusaka kepada nenek moyang kamu.”


TUHAN Raja berfirman, “Aku sendiri akan mencari umat Israel, domba-domba-Ku, dan memelihara mereka,


Aku akan mengeluarkan mereka dari negeri-negeri asing dan mengumpulkan mereka, lalu membawa mereka pulang ke tanah air mereka. Aku akan membawa mereka balik ke gunung-gunung dan lembah-lembah di Israel. Aku akan memberi mereka makan di padang-padang rumput yang subur.


Tetapi Aku akan menyelamatkan domba-domba-Ku dan tidak akan membiarkan mereka diperlakukan dengan kejam lagi. Aku akan menghakimi setiap domba-Ku dan memisahkan yang baik daripada yang jahat.


Hai kawanan domba yang Aku beri makan. Kamulah umat-Ku dan Akulah Allah kamu.” Demikianlah firman TUHAN Raja.


TUHAN Raja berfirman, “Sekali lagi Aku akan membenarkan umat Israel meminta pertolongan-Ku, dan Aku akan menambah bilangan mereka seperti sekawanan domba.


Lalu beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja akan mengumpulkan semua umat-Ku dari negeri-negeri tempat mereka telah pergi. Aku akan membawa mereka pulang ke negeri mereka sendiri.


Orang Yehuda dan orang Israel akan dipersatukan semula. Mereka akan melantik seorang pemimpin bagi bangsa mereka; sekali lagi mereka akan menjadi maju dan makmur di negeri mereka. Sesungguhnya hari Yizreel akan menjadi hari besar!


Oleh sebab itu Aku akan mengirim api ke kota Teman dan membakar kubu-kubu Bozra.”


Allah akan membuka jalan bagi mereka dan membawa mereka keluar dari pembuangan. Mereka akan merempuh keluar dari pintu gerbang kota dan membebaskan diri. TUHAN sendiri, yang menjadi raja mereka akan memimpin mereka keluar.


Engkau hai Yerusalem, tempat Allah menjaga umat-Nya seperti seorang gembala, akan kembali menjadi ibu kota kerajaanmu seperti dahulu.


Mereka yang masih hidup antara bangsa-bangsa lain akan menjadi seperti singa yang sedang mencari makanan di hutan atau di padang rumput; singa masuk ke tengah-tengah kawanan domba, menerkam serta mencabik-cabikkan domba; tiada sesiapa pun dapat menyelamatkan domba-domba itu.


Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.


Ya TUHAN, gembalakanlah umat-Mu, umat yang telah Engkau pilih. Walaupun mereka tinggal jauh di padang gurun, ada juga tanah yang subur di sekitar mereka. Biarlah mereka mendapat makanan di padang-padang rumput Basan dan Gilead, seperti yang dilakukan mereka dahulu kala.


Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.


Masanya akan tiba; Aku akan membawa pulang orang yang tercerai-cerai; Aku akan menjadikan kamu termashyur di seluruh bumi, dan menjadikan kamu makmur sekali lagi.” TUHAN telah berfirman.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan