Mikha 2:11 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)11 Kamu menghendaki nabi yang suka berdusta serta menipu, dan yang berkata, ‘Aku bernubuat bahawa kamu akan mendapat wain dan minuman keras yang berlimpah-limpah.’ Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo11 Sekiranya ada orang yang menuruti kesia-siaan dan kebohongan sehingga dia berdusta: ‘Aku akan berkhutbah kepadamu tentang air anggur dan minuman keras,’ dialah yang akan menjadi pengkhutbah bagi bangsa ini! Faic an caibideilAlkitab Berita Baik11 Kamu menghendaki nabi yang suka berdusta serta menipu, dan yang berkata, ‘Aku bernubuat bahawa kamu akan mendapat wain dan minuman keras yang berlimpah-limpah.’ Faic an caibideil |
Bahkan nabi dan imam pun terlalu mabuk sehingga mereka berjalan terhuyung-hayang. Mereka minum terlalu banyak wain dan arak sehingga mereka tersandung kerana kebingungan. Nabi-nabi terlalu mabuk sehingga tidak dapat memahami penglihatan yang diberikan Allah, dan imam-imam terlalu mabuk sehingga tidak dapat mengadili perkara yang dibawa kepada mereka.
Aku, TUHAN berfirman; dengarlah! Aku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan mimpi yang penuh dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi itu lalu menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan cakap besar mereka. Aku tidak mengutus atau memberikan arahan kepada nabi-nabi itu. Mereka sama sekali tidak berguna bagi umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman.”
Mereka tidak berdoa kepada-Ku dengan ikhlas. Sebaliknya mereka menghempas diri ke tempat tidur dan meratap seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Aku. Apabila mereka berdoa untuk minta gandum dan wain, mereka melukai diri seperti yang dilakukan oleh orang yang menyembah berhala. Mereka melawan Aku!
Para penguasa kota menjalankan pemerintahan untuk mendapat rasuah, para imam mentafsirkan Taurat untuk mendapat upah, dan para nabi pula menyatakan wahyu untuk mendapat wang; tetapi mereka semua mengatakan bahawa TUHAN menyertai mereka. Mereka berkata, “Bencana tidak akan menimpa kita, kerana TUHAN menyertai kita.”
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Janganlah percaya kepada semua orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai Roh Allah, tetapi ujilah mereka untuk mengetahui sama ada roh yang ada pada mereka itu berasal daripada Allah atau tidak. Hendaklah kamu berbuat demikian kerana banyak nabi palsu telah pergi ke serata tempat.