Mikha 1:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
7 Semua berhalanya akan dihancurkan, dan setiap benda yang sudah diberikan kepada pelacur di kuil akan dimusnahkan oleh api. Semua patung berhalanya akan menjadi tumpukan sampah. Samaria mendapat benda-benda itu sebagai hasil pemujaan kepada dewa kesuburan; sekarang musuhnya pula akan membawa benda-benda itu untuk diberikan kepada pelacur-pelacur di kuil lain.”
7 Segala patung ukirannya akan dihancurkan, segala upah sundalnya akan dibakar habis, dan segala berhalanya akan Kujadikan rosak. Kerana semuanya itu dikumpulkannya daripada upah pelacur, maka semuanya itu akan kembali menjadi upah pelacur.”
7 Semua berhalanya akan dihancurkan, dan setiap benda yang sudah diberikan kepada pelacur di kuil akan dimusnahkan oleh api. Semua patung berhalanya akan menjadi tumpukan sampah. Samaria mendapat benda-benda itu sebagai hasil pemujaan kepada dewa kesuburan; sekarang musuhnya pula akan membawa benda-benda itu untuk diberikan kepada pelacur-pelacur di kuil lain.”
Selepas perayaan itu selesai, segenap umat Israel pergi ke tiap-tiap kota di Yehuda. Mereka menghancurkan tugu-tugu berhala dan lambang-lambang yang ditahbiskan untuk Dewi Asyera. Mereka memusnahkan mazbah-mazbah dan tempat-tempat penyembahan berhala. Mereka melakukan hal yang sama di tempat-tempat lain di Yehuda, dan di wilayah Benyamin, Efraim, serta Manasye. Selepas itu mereka semua pulang ke tempat masing-masing.
Dosa Israel hanya dapat diampunkan apabila batu mazbah dewa-dewa telah dihancurkan sehingga menjadi seperti kapur, dan tiada lagi mazbah untuk membakar kemenyan, dan tiada lagi lambang-lambang Dewi Asyera.
Semua kota di Israel akan dimusnahkan supaya semua mazbah dan berhala mereka akan pecah berkecai, tempat pembakaran kemenyan mereka akan hancur, dan segala yang telah dibuat mereka akan lenyap.
Aku akan menghukum dia kerana dia melupakan Aku. Dia membakar kemenyan untuk Baal, dan menghiaskan dirinya dengan barang kemas untuk mengejar kekasih-kekasihnya. Aku, TUHAN telah berfirman.”
Aku akan memulangkan ladang anggur yang dimilikinya dahulu dan menjadikan Lembah Kesusahan suatu pintu harapan. Di sana dia akan menyambut Aku seperti pada masa mudanya, apabila dia baru keluar dari Mesir.
Mereka membuang undi untuk menentukan pemilik orang tawanan. Mereka menjual budak lelaki dan perempuan supaya dijadikan abdi. Mereka menggunakan wang yang diperoleh untuk membayar pelacur dan membeli wain.
Aku akan memusnahkan tempat-tempat pemujaan kamu di bukit-bukit, merobohkan mazbah-mazbah tempat kamu membakar kemenyan, dan melemparkan mayat kamu ke atas berhala yang sudah roboh itu. Kerana jijik,
Wang yang diperoleh dengan cara ini tidak boleh dibawa ke dalam Rumah TUHAN, Allah kamu untuk memenuhi nazar. Pelacur di kuil berhala dibenci oleh TUHAN.
Aku mengambil benda celaka yang sudah kamu buat itu, iaitu lembu daripada logam, lalu membuangnya ke dalam api. Kemudian aku memecah-mecahkannya dan menghancurkannya menjadi debu, lalu membuangnya ke dalam sungai yang mengalir dari gunung itu.
Semua bangsa sudah minum wainnya, iaitu perbuatannya yang cabul. Raja-raja dunia melakukan perbuatan cabul dengannya, dan saudagar-saudagar di bumi menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu.”
Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya, akan menangisi dan meratapi kota itu apabila mereka melihat asap api yang menghanguskannya.
Pada keesokan harinya, mereka nampak patung itu terjatuh lagi di hadapan Tabut Perjanjian. Kali ini kepala patung itu dan kedua-dua lengannya terpenggal dan terletak di ambang pintu; hanya badan patung itu yang masih utuh. (