Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:6 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Samaria timbunan runtuhan di padang, dan tempat orang menanam pokok anggur. Aku akan membuang batu puing kota itu ke lembah, dan asas kota itu akan kelihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

6 “Oleh sebab itu Aku akan menjadikan Samaria timbunan puing di padang, tempat untuk menanam kebun anggur. Aku akan menghamburkan batu-batunya ke lembah dan membuka dasar-dasarnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Oleh itu TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Samaria timbunan runtuhan di padang, dan tempat orang menanam pokok anggur. Aku akan membuang batu puing kota itu ke lembah, dan asas kota itu akan kelihatan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:6
19 Iomraidhean Croise  

Jika baginda lari ke dalam sebuah kota, segenap rakyat kita akan mengambil tali-temali dan menyeret kota itu lalu menjatuhkannya ke dalam lembah yang terdekat. Seketul batu pun tidak akan ada yang tertinggal di atas bukit itu.”


Tiga tahun kemudian, kota Samaria dikalahkan. Hal itu berlaku pada tahun keenam pemerintahan Raja Hizkia, dan tahun kesembilan pemerintahan Raja Hosea.


Pada tahun keempat pemerintahan Raja Hizkia, iaitu pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Hosea di Israel, Raja Salmaneser dari Asyur menyerang Israel dan mengepung kota Samaria.


Belum pernahkah engkau mendengar bahawa Akulah yang merancangkan semua itu sejak dahulu? Sekarang Aku sudah melaksanakannya. Akulah yang memberi engkau kuasa untuk memusnahkan kota-kota berkubu sehingga menjadi puing-puing.


TUHAN berfirman, “Damsyik tidak lagi merupakan sebuah kota, tetapi hanya setimbunan runtuhan.


Allah akan memusnahkan kubu pertahanan kota Moab; temboknya yang tinggi akan dirobohkan sampai hancur seperti debu.


Engkau telah meruntuhkan kota-kota, dan memusnahkan kubu-kubunya. Istana-istana yang dibina musuh kami telah lenyap selama-lamanya.


Kamu akan membuka ladang anggur di perbukitan Samaria, dan orang yang menanam anggur akan menikmati hasilnya.


Hai Babilonia, engkau bagaikan gunung yang memusnahkan seluruh dunia, tetapi Aku, TUHAN ialah musuhmu. Aku akan mengacungkan tangan untuk meratakan engkau dan membiarkan engkau terbakar sehingga menjadi abu.


Negeri itu akan menjadi timbunan runtuhan yang didiami binatang liar. Keadaannya akan mengerikan; orang tidak akan tinggal di situ, dan semua orang ngeri melihatnya.


TUHAN berfirman, “Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan runtuhan, tempat persembunyian anjing hutan. Kota-kota Yehuda akan menjadi sunyi, tempat yang tidak lagi dihuni.”


Emas yang berkilauan telah menjadi pudar; batu-batu Rumah TUHAN bertaburan di jalan.


Aku bermaksud untuk merobohkan tembok yang dikapur mereka. Aku akan menghancurkannya sehingga batu asasnya kelihatan. Tembok itu akan roboh dan membunuh kamu semua. Barulah setiap orang tahu bahawa Akulah TUHAN.


Kamu menindas orang miskin dan merampas gandum mereka. Oleh itu kamu tidak akan tinggal di dalam rumah mewah daripada batu, yang sudah kamu bina. Kamu tidak akan minum wain dari ladang anggur kamu yang indah.


Dengan tegas TUHAN Raja Yang Maha Kuasa sudah memberikan amaran ini, “Aku benci akan keangkuhan umat Israel; Aku sangat benci akan rumah mewah mereka. Ibu kota mereka dan semua yang ada di situ akan Kuserahkan kepada musuh.”


Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.


Engkau keluar untuk menyelamatkan umat-Mu, untuk menyelamatkan raja pilihan-Mu. Engkau menjatuhkan pemimpin orang jahat, dan memusnahkan semua pengikutnya.


Yesus berkata kepada mereka, “Lihatlah semuanya ini! Ketahuilah bahawa satu batu pun tidak akan tinggal tersusun pada tempatnya; semuanya akan dirobohkan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan