Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Segala perkara itu akan berlaku kerana umat Israel sudah berdosa dan memberontak terhadap Allah. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemberontakan Israel? Samaria, ibu kotanya sendiri! Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyembahan berhala di Yehuda? Yerusalem!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Semua ini terjadi kerana pelanggaran Yakub, kerana dosa keturunan kaum Israel. Apakah pelanggaran Yakub? Bukankah itu Samaria? Di manakah bukit pemujaan Yehuda? Bukankah itu Yerusalem?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Segala perkara itu akan berlaku kerana umat Israel sudah berdosa dan memberontak terhadap Allah. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemberontakan Israel? Samaria, ibu kotanya sendiri! Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyembahan berhala di Yehuda? Yerusalem!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:5
30 Iomraidhean Croise  

Di atas sebuah gunung di sebelah timur Yerusalem, Raja Salomo membina tempat pemujaan Kamos, dewa menjijikkan yang dipuja orang Moab. Dia membina tempat pemujaan Molokh, dewa menjijikkan yang dipuja orang Amon.


Firman TUHAN yang disampaikannya terhadap mazbah di Betel itu dan semua tempat sembahyang di kota-kota Samaria pasti akan berlaku.”


Kemudian Raja Omri membeli sebuah bukit daripada seorang yang bernama Semer dengan harga 6,000 keping wang perak. Baginda memperkuat bukit itu dan membina sebuah kota di sana. Raja Omri menamakan kota itu Samaria, mengikut nama Semer, pemilik bukit itu dahulu.


Pada tahun kelapan pemerintahan Raja Yosia, ketika baginda masih muda, baginda mula menyembah Allah yang disembah nenek moyangnya, Raja Daud. Empat tahun kemudian, Raja Yosia mula memusnahkan tempat-tempat penyembahan berhala, lambang-lambang Dewi Asyera, dan semua berhala lain.


Dengan arahan Raja Yosia, anak buahnya merobohkan mazbah-mazbah Baal dan mazbah-mazbah untuk membakar kemenyan yang terdapat di situ. Mereka menghancurkan patung-patung Dewi Asyera dan semua berhala lain, lalu menghamburkan debunya di atas kubur-kubur orang yang menyembah berhala-berhala itu.


Israel tidak lebih kuat daripada Samaria, ibu kotanya, dan Samaria pun tidak lebih kuat daripada Raja Pekah. Jika kamu tidak sungguh-sungguh percaya kepada-Ku, pasti kamu akan jatuh.”


Hai Israel, engkau sendiri menyebabkan hal ini berlaku kepadamu. Engkau meninggalkan Aku, TUHAN Allahmu, semasa Aku memimpin engkau dalam perjalananmu.


Kejahatanmu sendiri akan menghukum dirimu; engkau terseksa kerana meninggalkan Aku. Engkau akan insaf betapa pahitnya dan salahnya meninggalkan Aku, TUHAN, Allahmu, dan tidak lagi setia kepada-Ku. Aku, TUHAN Raja Yang Maha Kuasa telah berfirman.”


Aku telah nampak dosa nabi-nabi Samaria. Mereka berucap demi nama Baal, dan menyesatkan umat-Ku Israel.


Tetapi di Yerusalem, Aku nampak nabi-nabi melakukan hal-hal yang lebih jahat lagi. Mereka berdusta dan berzina, serta menyokong orang yang berbuat jahat, sehingga tiada seorang pun mahu bertaubat. Bagi-Ku, mereka semua jahat seperti penduduk Sodom dan Gomora.”


Hai Yehuda, engkau sendiri telah mendatangkan bencana itu kepada dirimu. Cara hidup dan perbuatanmu yang berdosa telah menyebabkan semua penderitaan itu, dan menusuk hatimu.


Tetapi dosa kamu telah menghalang semua perkara baik itu sehingga kamu tidak dapat menikmatinya.


Dengarlah, hai bumi! Umat-Ku tidak mahu menerima ajaran-Ku dan tidak taat kepada-Ku. Oleh itu, Aku mendatangkan malapetaka kepada mereka sebagai hukuman terhadap segala rancangan mereka.


Hal yang kami bangga-banggakan sudah tiada. Kini kami dihukum kerana berdosa.


Kakakmu ialah Samaria di sebelah utara dengan pekan-pekan di sekitarnya. Adik perempuanmu itu Sodom di sebelah selatan dengan pekan-pekan di sekitarnya.


TUHAN berfirman, “Setiap kali Aku hendak menyembuhkan umat-Ku Israel dan memulihkan kemakmuran mereka, Aku hanya melihat kekejaman dan kejahatan yang dilakukan mereka. Mereka saling menipu, memasuki rumah orang untuk mencuri, dan mereka merompak orang di jalan-jalan.


Alangkah malangnya kamu yang hidup bersenang-senang di Sion, dan kamu yang berasa aman di Samaria. Kamulah orang kenamaan daripada Israel, bangsa yang agung; kamulah yang didatangi rakyat untuk meminta pertolongan.


Tempat-tempat yang digunakan oleh keturunan Ishak untuk beribadat akan dihancurkan. Tempat-tempat suci orang Israel akan menjadi reruntuhan. Aku akan mengakhiri pemerintahan keluarga Raja Yerobeam.”


Orang yang bersumpah demi berhala-berhala Samaria, dengan berkata, ‘Demi dewa di Dan’ atau ‘Demi dewa di Bersyeba’, akan jatuh dan tidak bangun lagi.”


Hai penduduk Lakhis, pasanglah kuda pada kereta kuda. Dengan meniru dosa orang di Israel, kamu menyebabkan orang di Yerusalem berdosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan