Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 TUHAN sedang keluar dari tempat-Nya yang suci; Dia turun dan berjalan di puncak gunung-gunung di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Sesungguhnya, TUHAN datang dari tempat-Nya, dan Dia kelak datang menjejak tempat-tempat tinggi di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 TUHAN sedang keluar dari tempat-Nya yang suci; Dia turun dan berjalan di puncak gunung-gunung di bumi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:3
15 Iomraidhean Croise  

Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka; hancurkanlah orang jahat sekarang juga.


Allah kami ada di syurga; Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.


TUHAN akan melindungi Bukit Sion, tetapi penduduk Moab akan dipijak-pijak seperti jerami dipijak-pijak di tempat kotoran.


TUHAN akan datang dari tempat kediaman-Nya di syurga untuk menghukum manusia di bumi kerana dosa mereka. Pembunuhan yang dilakukan secara rahsia di bumi akan terbongkar, dan kubur pun tidak lagi menyembunyikan mereka yang telah dibunuh.


Lalu Roh Allah mengangkat aku, dan aku mendengar suara gemuruh dari belakang yang berkata, “Pujilah kemuliaan TUHAN di syurga!”


Sesungguhnya, Allah yang menciptakan pergunungan; Dia juga yang menjadikan angin. Dia menyatakan rancangan-Nya kepada manusia. Dia mengubah siang menjadi malam; di atas puncak-puncak bumi Dia berjalan, TUHAN Allah Yang Maha Kuasa, itulah nama-Nya.


Apabila TUHAN Raja Yang Maha Kuasa menyentuh bumi, bergempalah bumi, dan semua penduduknya meratap. Seluruh dunia naik turun seperti Sungai Nil.


Engkaulah TUHAN Raja yang memberi aku kekuatan, seperti kaki rusa, kakiku Engkau kukuhkan, dan keselamatanku Engkau jaga di pergunungan.


Pada masa itu, Dia akan berdiri di Bukit Zaitun di sebelah timur Yerusalem. Kemudian Bukit Zaitun akan terbelah dua oleh lembah yang luas, bermula dari timur sampai ke barat. Separuh bukit itu akan bergerak ke arah utara dan separuh lagi ke arah selatan.


Dia membolehkan mereka memerintah di gunung-gunung, mereka makan hasil tanaman di ladang-ladang. Mereka mendapat madu hutan di bukit batu; pokok zaitun mereka tumbuh subur di tanah yang berbatu.


Hai Israel, kamu sungguh berbahagia! Tidak ada sesiapa pun seperti kamu, bangsa yang diselamatkan oleh TUHAN. TUHAN sendirilah yang menjadi perisai dan pedang kamu, untuk membela kamu dan memberi kamu kemenangan. Musuh kamu akan datang mohon belas kasihan, dan kamu akan memijak-mijak mereka.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan