Mikha 1:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)2 Dengarlah, hai semua bangsa; perhatikanlah, hai semua penduduk dunia! TUHAN Raja menjadi saksi untuk menuduh kamu semua. Dengarlah! Dia berfirman dari kediaman-Nya yang suci di syurga. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo2 Dengarlah, wahai bangsa-bangsa sekalian! Perhatikanlah, wahai bumi dan segala isinya! Biarlah Tuhan Allah menjadi saksi terhadap kamu, TUHAN dari Bait-Nya yang suci. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik2 Dengarlah, hai semua bangsa; perhatikanlah, hai semua penduduk dunia! TUHAN Raja menjadi saksi untuk menuduh kamu semua. Dengarlah! Dia berfirman dari kediaman-Nya yang suci di syurga. Faic an caibideil |
Kamu menanyakan sebabnya Dia tidak lagi menerima persembahan kamu. Hal itu demikian kerana TUHAN tahu bahawa kamu tidak lagi setia kepada wanita yang kamu kahwini pada masa muda kamu. Wanita itu teman hidup dan isteri kamu, tetapi kamu sudah memungkiri janji kepadanya, walaupun kamu telah berjanji di hadapan Allah untuk tetap setia kepadanya.
TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu, orang yang berlaku curang dalam hal memberikan gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan orang bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati Aku.”
Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah! Mereka yang menang akan Aku kurniai manna yang tersembunyi. Aku juga akan mengurniai setiap orang daripada mereka seketul batu putih. Batu itu ditulisi nama baru, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun, kecuali orang yang menerimanya.”